Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mahal imam murahlah kitab; mahal demam murah sakit.

Takrif

Sungguhpun orang tidak suka akan penyakit tetapi jaranglah ada orang yang dapat mengelakkannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Semahal-mahal gading, kalau patah tiada berharga.

Takrif

Betapa pun tinggi kemuliaan seseorang itu kalau sekali telah berbuat jahat akan turunlah derajatnya (darjatnya), tak dipedulikan orang lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mahal dibeli sukar dicari.

Takrif

Sesuatu yang amat susah diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta.

Takrif

Sesuatu yang amat susah diperoleh. (Perbezaan lain yang sama makna: Mahal dibeli sukar dicari).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Murah di mulut, mahal di timbangan.

Takrif

Banyak janji, sedikit saja yang ditepati; mudah menyebut, tetapi sukar mengerjakannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menengah tulang punggung (= bubungan).

Takrif

Mahal tidak, murah pun tidak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti pacat melompat.

Takrif

Membungakan wang dengan bunga yang mahal. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti lintah menghisap darah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tercocok hidung.

Takrif

Membeli barang yang buruk dengan harga mahal; tertipu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Alah membeli, menang memakai.

Takrif

Barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hitam-hitam bendi, putih-putih sadah.

Takrif

Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. bendi = kereta kuda; sadah = kapur.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
mahal (adjektif)
Bersinonim dengan tinggi, melambung, menjulang, meningkat, naik;,
Kata Terbitan : memahalkan, kemahalan,

Puisi
 

Bukanlah mahal harga perabot,
     Tidak ternilai tinggi harganya;
Harta orang jangan direbut,
     Kalau direbut buruk padahnya.



Lihat selanjutnya...