Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
hyperfoldingLipatan serabut kromatin pada peringkat tinggi oleh ikatan hidrogen lemah untuk menjadi lebih padat. Lipatan ini mudah terurai semasa pembentukan replikasi melalui pembahagian sel atau semasa transkripsi dalam pembentukan molekul asid ribonuklik (RNA). Lipatan ini biasanya berukuran 700 nm lebar.
nanofibrilSeberkas rantaian polimer selulosa halus dengan diameter beberapa nanometer yang tersusun oleh ikatan lemah. Contohnya, rambut, ekor sperma, dan dinding sel. Nanofibril selulosa tumbuhan yang biasanya terbuang sebagai sampah dapat diproses untuk menghasilkan bahan nanokomposit yang kukuh, digunakan dalam kejuruteraan, perubatan dan kosmestik.
molecular crystalPepejal yang terbentuk daripada atom gas nadir yang ditepukan dengan molekul gas lain seperti hidrogen, metana dan benzena menerusi ikatan daya elektrostatik lemah. Hablur molekul ini mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah dan meruap kepada atom dan molekul yang asal.
graphiteAlotrop karbon berbentuk hablur paling stabil yang strukturnya berlapis. Dalam setiap lapisan, atom karbon tersusun dalam kekisi heksagon dengan jarak antara atom dalam kekisi tersebut ialah 0.142 nm. Sementara itu, lapisan ini diikat oleh daya Van der Walls yang lemah dengan jarak antaranya ialah 0.335 nm. Grafit bersifat pengalir elektrik yang baik dalam satah lapisan. Grafit juga dapat digunakan dalam reaktor nuklear sebagai moderator untuk mengawal pengeluaran neutron.
scanning tunneling microscope (STM)]Mikroskop yang mengimej permukaan sampel menggunakan prinsip mekanik kuantum. Satu penduga tajam digerakkan sepanjang permukaan sampel dan voltan elektrik dibekalkan antara penduga dengan permukaan. Bersandar kepada voltan ini, elektron akan menerowong (kesan kuantum mekanik) atau meloncat dari mata penduga ke permukaan menghasilkan suatu arus elektrik lemah. Saiz arus ini berkadaran dengan jarak antara penduga dengan permukaan. Dengan mengatur supaya arus sentiasa tetap, pergerakan turun-naik penduga semasa mengimbas dirakam dan diolah untuk menghasilkan imej topografi permukaan tersebut. Imej yang dapat dirakam adalah sekecil 0.2 nm. Mikroskop ini hanya dapat digunakan ke atas bahan yang mengkonduksi arus elektrik seperti logam, bahan semikonduktor dan polimer pengkonduksian. STM termasuk dalam kategori mikroskop pengimbas penduga (SPM). Banding mikroskop daya atom.
scanning tunneling microscope (STM)Alat yang digunakan untuk mengimej permukaan sampel menggunakan prinsip mekanik kuantum. Satu kuar tajam digerakkan sepanjang permukaan sampel dan voltan elektrik dibekalkan antara kuar dengan permukaan. Bersandar kepada voltan ini, elektron akan menerowong (kesan kuantum mekanik) atau meloncat dari mata kuar ke permukaan menghasilkan suatu arus elektrik lemah. Saiz arus ini berkadaran dengan jarak antara kuar dengan permukaan. Dengan mengatur supaya arus sentiasa tetap, pergerakan turun-naik kuar semasa mengimbas dirakam dan diolah untuk menghasilkan imej topografi permukaan tersebut. Imej yang dapat dirakam adalah sekecil 0.2 nm. Mikroskop ini hanya dapat digunakan ke atas bahan yang mengkonduksi arus elektrik seperti logam, bahan semikonduktor dan polimer pengkonduksian. STM termasuk dalam kategori mikroskop pengimbasan kuar (SPM).
electron affinityTenaga yang diperlukan untuk mengeluarkan elektron daripada ion negatif, bagi memulihkan semula keneutralan sesuatu atom atau molekul atau tenaga yang diserap apabila elektron ditambah pada atom neutral untuk membentuk ion bercas negatif. Kebanyakan unsur mempunyai afiniti elektron negatif yang membawa maksud tenaga tidak diperlukan untuk menambahkan elektron, sebaliknya tenaga dibebaskan. Secara amnya, bukan logam mempunyai lebih afiniti elektron negatif berbanding logam. Walau bagaimanapun, gas nadir mempunyai afiniti elektron positif. Afiniti elektron yang tertinggi ialah atom klorin (Cl), iaitu kira-kira ?349 kJ/mol sementara radon (Rn) yang paling lemah untuk menarik elektron dengan nilai afiniti elektronnya ialah ? 41 kJ/mol.
1
Tesaurus
 
lemah (adjektif)
1. Bersinonim dengan lesu: longlai, lengai, kelesa, lembam, tidak bertenaga, tidak bermaya, tidak berdaya, tidak berkuasa,
Berantonim dengan cergas

2. Bersinonim dengan lembam: lempam, lambat, lembap,
Berantonim dengan cerdas

Kata Terbitan : melemahkan, kelemahan,

Puisi
 

Lemah lembut pandan berduri,
     Putus tali kain cadar;
Lemah lembut membawa diri,
     Pandai hati siapa menanggar.



Lihat selanjutnya...