Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Jurnal ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam sejahtera. Soalan saya ialah mana satu yang betul antara "ialah asid lemah" dengan "adalah asid lemah"?Penggunaan yang betul "ialah asid lemah". Kata pemeri "ialah" digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Tatabahasa27.03.2021
Tuan, yang manakah ejaan yang betul? (1) berterus-terang atau berterus terang (2) lemah-lembut atau lemah lembut (3) terang-benderang atau terang benderang terima kasih.Ejaan yang betul ialah berterus terang, lemah lembut dan terang-benderang.Tatabahasa25.06.2012
maksud lemah gemelaiLemah gemalai bermaksud gerak badan yang berliuk-liuk yang elok.Makna18.09.2009
Badannya menjadi lemah selepas makan makanan yang dibelinya dari kantin. Pilih perkataan seerti bagi perkataan LEMAH A.kuat B.cergas Mana jawapan yang betul dan mengapa?Perkataan kuat dan cergas bukan perkataan seerti dengan lemah tetapi merupakan perkataan berlawan. Harap sdr dapat jelaskan soalan sdr. sama ada perkataan seerti atau berlawan.Tatabahasa07.03.2007
Salam sejahtera. Sehubungan dengan frasa adjektif ...lemah dengan tiba-tiba, yakni dalam ayat Badannya lemah dengan tiba-tiba, adakah kata dengan merupakan kata hubung pancangan? Andai kata dengan itu kata hubung pancangan keterangan cara, adakah ayat itu ayat majmuk pancangan. Pertanyaan ini saya ajukan kerana dalam soal jawab yang bertanggal 18 November 2018, saya difahamkan bahawa dengan dalam frasa berbelanja dengan cermat merupakan kata hubung. Sekian, terima kasih.Menurut buku Tatabahasa Dewan, perkataan “ dengan” ialah kata sendi nama yang membawa maksud bersama-sama atau berserta.  Dalam ayat “Badannya lemah dengan tiba-tiba”, ayat ini ialah frasa adjektif dan “dengan” di sini membawa maksud unsur keterangan, iaitu keterangan cara bagi kata adjektif lemahTatabahasa21.11.2018
As salam tuan di talian, Betulkan penggunaan perkataan memperbaiki atau perbaiki dalam ayat di bawah. 1. Cikgu Salina meminta Salman agar memperbaiki karangannya yang lemah itu. atau 2. Saya akan perbaiki karangan saya yang lemah ini. Sekian terima kasih dan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.1. Cikgu Salina meminta Salman agar memperbaik karangannya yang lemah itu.

2. Saya akan baiki karangan saya yang lemah ini.
Tatabahasa01.10.2014
salam saya nak tanya kekeliruan, kenapa lemah longlai tiada tanda sempang, tapi jika kering-kontang ada sempang?

Perkataan “lemah longlai” tiada tanda sempang kerana perkataan tersebut bukan kata ganda.

Perkataan “kering-kontang” ada tanda sempang kerana perkataan tersebut merupakan kata ganda.

Lain-lain23.08.2023
Usaha untuk membantu murid yang lemah terus ______ tanpa mengenal erti putus asa. a. diperhebat b. diperhebatkan apakah jawapan bagi soalan ini? Sila berikan penjelasan. Terima kasih.Usaha untuk membantu murid yang lemah terus diperhebat tanpa mengenal erti putus asa.Tatabahasa28.04.2014
"Aku berubah menjadi lebih baik. Daripada/dari perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut." Tuan, yang manakah betul? Dari atau daripada?"Aku berubah menjadi lebih baik. Daripada perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut."Tatabahasa25.06.2012
Pengunaan perkataan teguh: Teguh ingatan - betul atau salah penggunaannya

Mengikut Kamus Dewan teguh bermaksud tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dan lain-lain). Sinonim bagi teguh ialah kukuh: kuat, utuh, dan stabil. Teguh berantonim dengan lemah">lemah. Maka istilah teguh ingatan tidak digunakan, sebaliknya istilah yang digunakan ialah kuat ingatan dan kukuh ingatan.

Istilah11.03.2014
Tesaurus
 
lemah (adjektif)
1. Bersinonim dengan lesu: longlai, lengai, kelesa, lembam, tidak bertenaga, tidak bermaya, tidak berdaya, tidak berkuasa,
Berantonim dengan cergas

2. Bersinonim dengan lembam: lempam, lambat, lembap,
Berantonim dengan cerdas

Kata Terbitan : melemahkan, kelemahan,

Puisi
 

Lemah lembut pandan berduri,
     Putus tali kain cadar;
Lemah lembut membawa diri,
     Pandai hati siapa menanggar.



Lihat selanjutnya...