Kata |
Takrif |
Sumber |
lebur | 1 hancur atau cair (bkn logam dll). 2 rosak atau musnah sama sekali: ~lah cita-citanya hendak menjadi askar kerana tangannya cacat. melebur menjadi lebur: Bahan itu mula ~. meleburkan 1 menjadikan sesuatu lebur (bkn logam dll); mencairkan; menghancurkan: ~ emas. 2 memusnahkan atau merosakkan sama sekali: Sedapat-dapatnya mereka hendak ~ segala sarang komunis di negara ini. 3 membubarkan sesuatu dan menggabungkannya (menggantikannya) dgn yg lain. leburan sesuatu (spt logam) yg lebur atau yg telah dileburkan. peleburan 1 perbuatan atau cara meleburkan (logam); hal menjadi lebur. 2 tempat meleburkan (logam). pelebur alat utk meleburkan (logam). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lebur | 1. hancur atau cair (bkn logam dll). 2. rosak atau musnah sama sekali: ~lah cita-citanya hendak menjadi askar kerana tangannya cacat. melebur menjadi lebur:Bahan itu mula ~. meleburkan 1. menjadikan sesuatu lebur (bkn logam dll); mencairkan; menghancurkan: ~ emas. 2. memusnahkan atau merosakkan sama sekali: Sedapat-dapatnya mereka hendak ~ segala sarang komunis di negara ini. 3. membubarkan sesuatu dan menggabungkannya (menggantikannya) dgn yg lain. leburan sesuatu (spt logam dll) yg lebur atau yg telah dileburkan. peleburan 1. perbuatan atau cara meleburkan (logam); hal menjadi lebur. 2. tempat meleburkan logam. pelebur alat utk meleburkan logam | Kamus Pelajar |
lebur I | 1. menjadi cair (logam dll), hancur, luluh: tabung semacam ini tidak ~ jikalau dipanaskan ke suhu yg terlalu tinggi; titik ~ = takat ~ paras suhu yg menyebabkan logam dll menjadi lebur; 2. ki rosak langsung, jahanam, musnah: begitulah ~ kekuatan orang yg bongkak itu; ~ hati hancur hati (perasaan), teramat dukacita; sama ~ sama binasa prb (orang yg) seia sekata; melebur menjadi lebur (logam dll): bijih yg sedang ~ itu kemudiannya dituang ke dalam acuan yg berbentuk bata; meleburkan 1. menjadikan hancur (lebur dll), menghancurkan: panas drpd pembakaran bahan api itu ~ batu kapur dan meninggalkan kapur tohor; 2. memusnahkan, merosakkan: dgn keris dan lembing pd tiap-tiap orang, kita akan dapat ~ musuh kita; 3. memansuhkan sesuatu dan menggantikan (menggabungkan) dgn yg lain: salah satu yg mesti dileburkan oleh parti ialah hidup berkeluarga kerana ini dianggap menjadi alat bagi kaum kapitalis; ~ diri (kpd, ke dlm) menyertakan diri, menggabungkan diri: ~ diri ke dlm parti politik; ~ diri ke dlm kegiatan persatuan; terlebur yg telah menjadi lebur, yg telah melebur; leburan sesuatu (logam dll) yg telah dileburkan: ~ timah; peleburan 1. perbuatan (kerja, proses, dsb) meleburkan sesuatu (logam dll); 2. tempat meleburkan sesuatu (logam dll); pelebur 1. alat utk meleburkan sesuatu (spt relau dll); 2. orang yg membuat atau menjalankan kerja peleburan (logam dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lebur III | ®debur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lebur II | ; keleburan ark lubang (kubu) utk menangkap gajah dll, serling. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lebur hati | hancur hati (perasaan), teramat dukacita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lebur(blast) | Pembebasan kawasan atau blok tertentu daripada penguasaan proses tertentu. | Kamus Komputer |
takat lebur | suhu ketika sesuatu pepejal mula lebur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
takat lebur | suhu ketika suatu pepejal mulai lebur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
takat lebur | paras suhu yg menyebabkan logam dll menjadi lebur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
break | 5. scatter, disintegrate, bercerai-berai, berpecah-pecah: the unit broke under the attack, pasukan itu bercerai-berai akibat serangan; 6. separate, lerai: the boxers broke at the referees order, dua orang ahli tinju itu lerai atas perintah pengadil; 7. recess, berehat: lets ~ for ten minutes, mari berehat sepuluh minit; 8. become free, see ~ away; 9. (of heart) hancur(-luluh, -lebur), remuk(-redam): her heart broke when her husband died, hatinya hancur-lebur apabila suaminya meninggal dunia; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
core | n 1. centre (of fruit) empulur: the ~ of an apple, empulur epal; 2. central part of place or object, teras: the Earth is said to have a molten ~, Bumi dikatakan mempunyai teras yg lebur; the ~ of an electromagnet, teras elektromagnet; 3. essence, heart (of problem, argument, concept, etc) teras: to get to the ~ of a problem, mendekati teras masalah; these few lines contain the ~ of her theory, beberapa baris ini mengandungi teras teorinya; ~ curriculum, kurikulum teras; ~ subject, mata pelajaran teras; 4. (electr & computer technology) teras; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
melting point | takat lebur | Herba | Tiada | Suhu ketika suatu bahan pepejal mencair dan berada dalam keadaan keseimbangan dengan cecairnya pada tekanan piawai. Takat lebur digunakan untuk menentukan darjah ketulenan bahan mentah herba. Contohnya takat lebur minyak kelapa (23C 26C, BP) dan lilin karnuba (80C 88C, BP). |
molten salt reactor (MSR) | reaktor garam lebur | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Reaktor nuklear pembiak yang menggunakan garam lebur sebagai bahan penyejuk teras. |
cold shut | litup sejuk | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Ketakselanjaran yang terbentuk disebabkan oleh dua logam lebur bertemu dalam rongga acuan, tetapi tidak melakur. Hal ini terjadi kerana kebendaliran logam lebur yang rendah atau laluan yang sempit. |
shrinkage cavity | rongga pengecutan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Ketakselanjaran yang terhasil daripada proses tuangan. Proses ini berkemungkinan akan menyebabkan rongga terbentuk semasa berlakunya pemejalan dan pengecutan logam lebur. Perkara ini terjadi disebabkan oleh pengecutan yang tidak sekata semasa pemejalan logam lebur. Contoh rongga pengecutan ialah pengecutan makro dan pengecutan mikro. |
molten salt | garam lebur | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Garam yang telah dipanaskan pada suhu yang cukup tinggi untuk berubah daripada pepejal kepada cecair. Lihat juga molten salt reactor (MSR). |
molten fuel | bahan api lebur | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Lihat corium. |
ascorbic acid | asid askorbik | Herba | Pemiawaian | Asid organik, formula C6H8O6, berbentuk hablur putih, takat lebur 192oC, larut dalam air, larut sedikit dalam alkohol, tetapi tidak larut dalam eter, kloroform dan benzena. Asid ini terdapat secara semula jadi dalam buah-buahan sitrus, tomato dan sayuran hijau serta mudah teroksida apabila terdedah kepada haba dan cahaya. Asid askorbik dapat mencegah penyakit skurvi. Asid ini digunakan sebagai perisa, pewarna dan pengawet makanan serta dikenali juga sebagai vitamin C. |
misruns | misrun | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Ketakselanjaran yang terbentuk disebabkan oleh logam lebur tidak dapat mengisi ruang acuan sepenuhnya. |
sodium-cooled fast reactor (SFR) | reaktor cepat sejukan garam | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Reaktor cepat yang menggunakan garam lebur sebagai bahan penyejuk teras. |
lead-cooled fast reactor (LFR) | reaktor cepat sejukan plumbum | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Reaktor cepat yang menggunakan plumbum lebur sebagai bahan penyejuk teras. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
lebur | nyunyer [uer] | Melanau Dalat | |
lebur | labu. | kedayan | |
menyuoh | larut, lebur, luluh; 1 hancur (bkn gula dlm air dll): sia legah ~ lubeang nyaem dudak garam cepat larut dlm air panas; 2 hancur ( bkn logam dll): timah ~ buyak apui timah lebur kena api; 3 hancur menjadi serbuk, remuk: baleak seak ~ tipeak pisang masak re | Melanau Mukah | |
lunyoh | lebur | TETAW | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
lebor api, *lebur api* Ib | motif bunga pada kain pua kumbu. | Setelah patung itu siap dibuat, isteri Raja Entala membalutnya dengan selimut tenunan atau pua kumbu lebor api. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb posterior lobe. 2. Pasangan sisik membran di atas halter pada serangga Diptera. (BIO) alulet (alulet) Lihat alula. (BIO) alumina (alumina) Aluminium oksida semula jadi, formula AI 2 O 3 , takat lebur 2030 o C, berbentuk serbuk putih, tidak larut dalam air, bersifat amfoterik dan wujud semula jadi sebagai korundum dan emeri. Sebatian ini diperoleh daripada pemanasan alu - minium hidroksida dan digunakan ion hidrogen melalui ikatan koordinat. Ion ammonium berben- tuk tetrahedron. (KIM) ammonium nitrate (ammonium nitrat) Formula NH 4 NO 3 . Hablur tidak berwarna yang larut dalam air dan alkohol, takat lebur 170ºC dan terurai pada 210ºC lalu membentuk nitrus oksida dan air. Ammonium nitrat disediakan melalui tindakan wap ammonia terhadap asid nitrik. Sebatian ini digunakan untuk membuat baja, racun rumpai, racun
|
Kamus Thai 2.indb matlamat hidup = จุดหมายปลายทาง จุดหมายปลายทาง [-ma:ypla:ita:] ดู จุดหมาย จุดหลอมเหลว [-l:mle:u] น takat le bur: น ้ ำแข็งจะกลายเป็นน้ำเมื่ อถึงจุดหลอมเหลว Ais akan berubah menjadi air apabila sampai takat lebur. จุดอ ่ อน [-:n] น kelemahan: จงหาจุดอ ่ อน ของตนเองแล ้ วจงแก ้ ให ้ ดีขึ้ น Carilah kele mahan diri sendiri kemudian bai kilah. จุดอิ่ มตัว [-i
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
lebur | [le.bur] | لبور |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
lebur | molten | Keadaan pencairan sesuatu bahan pepejal apabila dipanaskan pada takat tertentu. | Menengah Atas |
takat lebur | melting point | Suhu ketika sesuatu pepejal menjadi cecair. Takat lebur ais adalah pada suhu 0°C. | Menengah Rendah |
silika | silica | Sebatian berhablur berwarna putih atau jernih, berbentuk kristal, larut dalam alkali lebur dan asid hidrofluorik, dan mempunyai takat lebur 1710°C. Sebatian ini terdiri daripada unsur silikon dan oksigen. Contohnya, pasir dan kuarza. Silika dikenali juga sebagai silikon dioksida. Formula SiO2. | Menengah Rendah |
takat lebur | melting point | Suhu apabila sesuatu bahan dalam keadaan pepejal bertukar menjadi cecair. | Menengah Atas |
urea | urea | Sebatian organik bernitrogen yang mempunyai takat lebur 135°C, pepejal berhablur, berwarna putih, larut air dan terdapat secara semula jadi dalam air kencing. Urea biasanya digunakan sebagai bahan baja. | Menengah Rendah |
sifat fizikal | physical property | Ciri sesuatu bahan seperti warna, takat lebur, takat didih dan ketumpatan yang boleh ditentukan tanpa mengubah komposisi kimianya. | Menengah Atas |
fius | fuse | Peranti yang terdiri daripada wayar logam yang mempunyai takat lebur yang rendah dan dipasang secara bersiri dalam litar. Fius berfungsi untuk melindungi alat elektrik supaya tidak rosak. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
elektrolit | electrolyte | Sebatian kimia yang boleh mengalirkan arus elektrik dalam keadaan lebur atau larutan akueus. Contohnya, asid hidroklorik cair. | Menengah Rendah |
seramik | ceramic | Bahan daripada mineral bukan logam, bersifat keras dan mempunyai takat lebur yang tinggi. Contohnya, porselin. | Menengah Rendah |
natrium | sodium | Unsur logam alkali yang mempunyai nombor proton 11, jisim atom relatif 23, takat lebur 97.6°C, takat didih 892°C, bertindak balas dalam air untuk membentuk larutan natrium hidroksida dan membebaskan gas hidrogen. Natrium biasanya digunakan sebagai bahan uji dan bahan penyejuk dalam reaktor nuklear. Formula Na. | Menengah Rendah |
|
Puisi |
---|
|
Banyak belah pecah seratus, Nampak berbalam di hutan lipur, Demi Allah sumpah putus, Sudah digenggam masakan lebur.
Lihat selanjutnya... |
|