PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
plasmon | | | Kuantum ayunan plasma elektron. Plasma merupakan satu daripada empat keadaan jirim. Keadaan jirim yang lain ialah gas, cecair dan pepejal. Plasma bersifat konduksi, peka kepada medan elektrik dan magnet, serta digunakan sebagai sumber tenaga dan sinaran. |
Josephson effect | | | Kesan penerowongan pasangan elektron daripada suatu bahan superkonduktor melalui lapisan penebat tipis kepada bahan superkonduktor yang lain. Sekiranya tiada medan magnet luar, arus terus akan menerowong lapisan penebat dan menghasilkan arus terus Josephson. Sebaliknya jika medan ini dikenakan, arus ulang-alik Josephson akan dihasilkan dengan frekuensi 2eV/h. |
bistable property | | | Sifat bahan yang mempunyai dua keadaan yang mantap, iaitu keadaan yang dapat bertukar-tukar daripada suatu keadaan kepada suatu keadaan yang lain. Contohnya, keadaan dwistabil terdapat dalam sistem kimia, suis elektrik dan penghantaran optik. |
electrodeposition | | | Pemendapan logam pada katod daripada elektrolit yang mengandungi ion logam tersebut. Kaedah elektromendapan yang lain ialah semburan nanozarah bercas ke atas permukaan bervoltan tinggi. Kaedah ini dapat digunakan dalam proses penyemburan cat ke atas badan kereta bagi memastikan penyalutan cat yang sekata terutamanya pada bahagian yang sukar dicapai. Contohnya, penyaduran elektrik logam kromium, kuprum dan emas. |
partial confinement | | | Suatu bentuk kurungan pada struktur kuantum, yang membenarkan elektron bebas bergerak pada arah tertentu disebabkan dimensi elektron dari arah yang lain adalah amat kecil, iaitu kurang daripada 10 nm. Contohnya, nanowayar dan nanotiub membenarkan elektron bergerak dalam satu dimensi, nanofilem membenarkan elektron bergerak dalam dua dimensi, manakala bintik kuantum mengalami kurungan penuh. |
complementary metal oxide semiconductor (CMOS) | | | Peranti transistor kesan medan dalam litar bersepadu yang terdiri daripada gabungan semikonduktor jenis-n dan jenis-p serta logam sebagai get. Teknologi CMOS digunakan dalam mikropemproses, mikropengawal dan litar logik berdigit yang lain. |
protein | | | Sebatian organik besar yang terdiri daripada susunan rantaian linear beberapa jenis asid amino bersaiz 0.6 nm. Asid amino disambung antara satu sama lain menerusi ikatan peptida. Protein memainkan peranan penting bagi setiap proses dalam sel organisma hidup. Contoh protein ialah mioglobin. |
molecular crystal | | | Pepejal yang terbentuk daripada atom gas nadir yang ditepukan dengan molekul gas lain seperti hidrogen, metana dan benzena menerusi ikatan daya elektrostatik lemah. Hablur molekul ini mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah dan meruap kepada atom dan molekul yang asal. |
sp hybridization | | | Satu daripada proses pembentukan ikatan kimia dalam atom karbon C, dan juga beberapa atom lain. Dalam proses ini, atom C memindahkan satu elektron dari petala 2s ke dalam orbitan 2p yang kosong, dan seterusnya menggabungkan baki satu elektron pada petala 2s dengan satu elektron pada orbitan 2p atom lain. |
linked cluster | | | Gugusan yang terdiri daripada zarah emas yang disalut dengan semburan halus tiol N-asetilsisteina (RSH) yang dapat disambung dengan metana -CH3. Molekul berantai ini terumbai keluar daripada permukaan zarah. Gugusan zarah ini terdiri daripada susunan dua dimensi zarah nano bersaiz 500 nm, yang bersambung antara satu sama lain dan dapat dimendapkan ke atas permukaan rata. |