PeribahasaLain diniat lain ditakdir, lain diacah lain yang jadi.TakrifYang diperoleh lain daripada yang dikehendaki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDisisih bagai antah.TakrifDiasingkan daripada yang lain kerana tidak disukai; tidak boleh ikut campur kerana miskin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti limau masak seulas.TakrifMempunyai kelebihan daripada yang lain (kepandaian atau kekayaan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBesar suap daripada mulut.TakrifBelanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar, b. Besar senggulung daripada beban).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggilah pohon kenduduk di tengah padang.TakrifDalam kalangan orang-orang bodoh, orang yang berpengetahuan sedikit akan mengakui dirinya pandai daripada yang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak lang, si pungguk menjadi lang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBesar senggulung daripada beban.TakrifBelanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDaripada hidup bergelumang (= berlumur) tahi, baik mati bertimbun bunga.TakrifLebih baik mati daripada menanggung malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Biar berputih tulang, jangan berputih mata, b. Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIndah khabar daripada rupa.TakrifPerkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menumbuk padi hampa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai menumbuk padi hampa.TakrifPerkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Indah khabar daripada rupa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerbilang dari esa, mengaji dari alif.TakrifJika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |