Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kependekan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kura-kura pandai kerabat kayu.

Takrif

Berbuat sesuatu yang mustahil. (Peribahasa lain yang sama makna: Kura-kura [hendak] memanjat kayu. kerabat = panjat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tebas buluh serumpun.

Takrif

Merosakkan kaum kerabat kerana perbuatan yang tidak baik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menebas buluh serumpun (= seperdu).

Takrif

Merosakkan nama kaum kerabat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tertukik jejak mendaki, tersendorong jejak menurun.

Takrif

Kaum kerabat yang telah jauh tidaklah berapa kuat pada tuntutan hak waris. tertukik = tertakik; tersendorong = tergelincir ke muka.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Masin lagilah garam sendiri.

Takrif

Sanak-saudara atau kaum kerabat lebih dipentingkan daripada orang lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Meminta rotan yang sekerat.

Takrif

Hendak berpisah daripada kaum kerabat, kerana berkecil hati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mencari yang sehasta sejengkal.

Takrif

Menyelidiki jauh dekatnya perhubungan kaum kerabat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebusuk-busuk daging dikincah, dimakan juga; seharum-harum tulang, dibuang.

Takrif

Kaum kerabat yang berbuat salah, dibela dan dibersihkan namanya daripada kesalahan itu, tetapi kalau orang lain didiamkan saja. kincah (mengincah) = membersihkan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak sungguh getah daun, yang sebenarnya getah batang juga.

Takrif

Sejahat-jahat saudara kandung sendiri, terlebih baik daripada kaum kerabat yang lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
kerabat (kata nama)
Bersinonim dengan sanak saudara, kadim, saudara-mara, keluarga terdekat, kaum, famili;,
Kata Terbitan : berkerabat, perkerabatan, sekerabat,