Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Sila nyatakan perbezaan bagi perkataan canggung dan kekok (Inggeris: not natural) dari segi makna dan penggunaannya.Kata canggung sama makna dengan kekok. Canggung bermaksud agak kekok atau kurang mahir melakukan sesuatu kerana belum biasa melakukannya; atau disebut juga janggal: seperti contoh ayat: Aku berasa canggung/kekok/janggal sekali apabila bercampur gaul dengan mereka.Makna28.01.2011
Apakah istilah dalam bahasa melayu untuk sesi ice breaking?Setakat ini tiada istilah dalam bahasa Melayu bagi kata "ice breaking".  Walau bagaimanapun, dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, frasa "breaking the ice" membawa maksud "menghilangkan rasa kekok".  Padanan yang sesuai  dapat juga  diberikan mengikut konteks.  Misalnya, dalam konteks mesyuarat, sesi ice breaking ini lebih sesuai disebut sebagai sesi taaruf.Istilah25.09.2013
1
Tesaurus
 
kekok (adjektif)
Bersinonim dengan canggung, kaku, janggal, gabir, kurang biasa, tak kena.,