Kata |
Takrif |
Sumber |
merawak | merambang, mengawur (menabur), kena tak kena; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rawak | tidak ditentukan atau diatur lebih dahulu, rambang; menembak ~ menembak rambang (untung-untungan); secara ~ secara rambang (sesuka saja), diambil (dicabut dsb) secara sembarangan; ~ rambang merambang, mengawur; merawak merambang, mengawur (menabur), kena tak kena; kerawakan keadaan rawak: kajiannya penuh dgn ~; ~ sampel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
santan | air perahan kelapa yg telah diparut (dikukur); ~ dibalas dgn tuba prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ masuk ke pasu, hampasnya tumpah ke tanah prb ketika berguna di-sayangi, sesudah tidak berguna dibuang; kena-kena spt ~ bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala prb sesuatu perkataan itu kalau bersalahan tafsirannya jadi melarat, jika benar jadi kebajikan; meramas ~ di kuku prb me-minta pd orang yg tidak mempunyai sesuatu; spt ~ dgn tengguli prb dua perkara (hal) yg berpadanan benar; sungguhpun lemak ~, akhirnya basi juga prb orang yg cantik itu akhirnya akan tua juga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencekuh | memegang (mengambil) dgn tangan: apa dicekuh semua tak kena; dicekuhnya parang itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cekuh I | ; mencekuh memegang (mengambil) dgn tangan: apa dicekuh semua tak kena; dicekuhnya parang itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bumi | 1. planet tempat kita tinggal, yg ketiga jauhnya dr matahari, dunia: edaran ~ yg mengakibatkan angin tergelencong; bulan mengedari ~; 2. permukaan bumi, tanah: mereka hidup di ~ Melaka; ~ berputar, zaman beredar a) masa berjalan terus; b) keadaan selalu berubah menurut masa; B~ Kenyalang panggilan bagi negeri Sarawak; ilmu ~ Id ilmu alam; di mana ~ dipijak, di situ langit dijunjung prb mematuhi peraturan dll tempat yg didiami; ~ mana yg tiada kena hujan prb manusia mana yg tiada membuat kesilapan (kesalahan); bagai ~ dgn langit prb sangat berbeza (tabiat dll); biar pecah perut, ~ merekah prb menyatakan tidak mahu melakukan sesuatu; jadi ~ langit prb orang yg diharapkan pertolongannya dan dituruti nasihatnya; sebesar-besar ~, ditampar tak kena prb betapa mudah nampaknya sesuatu perkara, tetapi tiada teruruskan juga;membumi ark mendiami salah satu tempat;membumikan (Fiz) memasukkan (dawai elektrik dll) ke dlm bumi;mengebumikan menanam, menguburkan: jenazahnya telah selamat dikebumikan sebelum sembahyang Jumaat;pengebumian perihal atau perbuatan mengebumikan, penguburan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pukul I | 1. ketuk (dgn benda yg keras atau berat); 2. ki ketuk (dgn perkataan dll), perintah; kena ~ a) kena ketuk, diketuk; b) mengalami kerugian (dimarahi, ditipu, dsb); salah ~ a) salah mengetuknya; b) satu kali berbuat (bekerja, bertindak, dll); tukang ~ orang yg biasa memukul orang dgn upah, jagoan, samseng; 3. bahagian drpd sesuatu hari spt yg ditunjukkan oleh jam, waktu tertentu dlm sesuatu hari: jarum pendek dipanggil jarum ~nya, kerana ia menunjukkan waktu dgn bilangan ~ jam; kami sampai di rumah ~ lima petang; jam ~ jam yg menyatakan waktu; 4. bp = memukul mengetuk; ~ dulu bayar belakang barangnya diambil dulu, pembayarannya dibuat kemudian; 5. bp mengenakan cap (harga), menetapkan harga, menaksirkan: mengikut kemahuanku dgn harga yg telah aku ~ kpd mereka; ~ besar untung besar; ~ besi tukul besi, palu (martil) drpd besi; ~ cap mengenakan (membubuh) cap; ~ curi a) memukul dgn bersembunyi, memukul dan lari; b) tidak berani bertanggungjawab; ~ gambar bp bergambar; ~ gebang bp bergebang sahaja, berbual-bual sahaja; ~ kaki bp berjalan kaki; ~ rata hitung panjang; ~ tidak tahu (peduli) bp buat tidak tahu (peduli) saja; ~ anak sindir menantu prb lain orang yg dimarahi, lain orang pula tujuan kata-katanya; ~ anjing tak pandang mata tuannya prb orang yg terdesak hilang takutnya; kena ~ di punggung, gigi habis tanggal prb sindiran itu lain dikata lain pula ertinya (kata sindiran bagi seseorang akan mengenai orang ramai); memukul 1. mengenakan sesuatu yg keras atau berat dgn kuat, memalu, membalun, menempa, mengetuk, meninju, menokok, menumbuk, dll: kepalanya dipukul dgn besi paip; ~ beduk (gendang, genderang, tabuh, tambur, dll) membunyikan beduk dll dgn pemalu; 2. ki melanggar, menempuh, mengalahkan, menyerang, dll: apabila ia datang ~ Tanah Jawa maka mereka pun hendaklah menyerta bersama-sama dr darat; perahunya terbalik dipukul ombak Laut Kalzum; bersinar-sinar bercahaya dipukul cahaya bulan bersinar-sinar bercahaya ditempuh cahaya bulan; 3. ki mengambil (mendapat) untung banyak-banyak, mengecoh, menipu: ini bukan menolong tetapi ~ namanya; 4. ki memakan atau membunuh (dlm permainan catur): tidak dapat ~ kuda; 5. ki = memukulkan ark Id memperbanyakkan, mendarabkan, mengalikan: belajar membahagi dan ~; dua dipukulkan dgn tiga; ~ besi menempa besi; ~ cap mengecap; ~ gambar mengambil gambar, memotret; ~ gamelan (canang, gong, sarun, dll) memainkan gamelan dll; ~ kawat Id berkirim telegram; ~ knock-out meninju sehingga langsung kalah; ~ meja mengetuk meja; ~ mundur menyerang (musuh) hingga mundur; ~ musuh menyerang (mengalahkan) musuh; ~ rata(kan) menjadikan rata-rata, menyamaratakan; ~ roboh meninju sampai roboh; ~ telefon bp bertelefon; ~ telur (dll) mengacau telur (supaya hancur dan naik); dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu prb Mn serba salah dlm sesuatu pekerjaan yg sangat sulit (dikerjakan berbahaya, tidak dikerjakan pun berbahaya); pukul-memukul saling memukul antara satu sama lain; memukuli, memperpukuli memukul berkali-kali, mengajar; memukulkan 1. memukul dgn; 2. memukul utk orang lain; 3. ark memperbanyakkan, mendarabkan: dua dipukulkan dgn tiga; terpukul 1. memukul atau dipukul dgn tidak sengaja, terhantuk: kepalanya ~ keras pd bucu meja; 2. ki tersinggung: dia berasa ~ dgn kata-kata sahabatnya itu; pukulan 1. hasil perbuatan memukul: ~ yg tidak berhenti-henti drpd lawannya; 2. ketukan, hentaman, serangan: menerima ~ hebat drpd angkatan bersenjata; ~ kilas pukulan yg dilakukan dgn bahagian belakang tangan yg memegang raket menghala ke pemain lawan dlm permainan badminton, tenis dsb; pemukulan hal atau perbuatan memukul atau memukulkan; pemukul 1. orang yg memukul: ~-~ rebana duduk di belakang para penari; 2. alat utk memukul; ~ besi tukul drpd besi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lekang | 1. pecah atau retak (kerana kena panas spt tanah dll), merekah; bibirnya ~ bibirnya pecah-pecah kepanasan; 2. mudah tanggal (isi buah dr biji, cat dr kayu, dll), longkah, tidak melekat; rambutan ~ rambutan yg isinya mudah terkopek dr bijinya; 3. tidak henti-henti, sentiasa: saya tidak ~ memegang peta; tak ~ di bibir selalu disebut-sebut; tak lapuk dek hujan, tak ~ dek panas prb adat yg tidak berubah-ubah (kekal); berlekang tidak lagi bersama-sama (sahabat dll), bercerai, berpisah: pd suaminya dah timbul alamat, masa ~ hampirlah sangat; melekang 1. pecah atau belah (bibir, tanah, dll); 2. tanggal atau longkah (cat dll); melekangkan 1. menjadikan lekang; 2. ki memisahkan (memalingkan) drpd: ia tidak dapat ~ matanya drpd peristiwa yg sedang berlaku di depannya; pelekang ki sesuatu yg melekangkan (menghilangkan penyakit dll, memisahkan): nasi dingin tampal kepala, ubat orak ~ jerih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kena | 1. bersentuh(an) dgn, berlanggar(an) dgn, lekat pd, terhantuk (terpukul dsb) pd: lututnya luka kerana ~ serpihan kaca sewaktu dia jatuh tadi; tikamannya itu ~ pd bahu lawannya; pemandu kereta itu cuba mengelakkan budak itu tetapi keretanya ~ tiang elektrik; 2. tepat pd sasarannya (bkn lontaran, tembakan, dsb), tidak menyimpang drpd sasarannya: dilemparkannya sebiji batu ~ kepala anjing itu; tembakannya tidak ~ dan musuh itu lepas lari; 3. ditimpa (sesuatu), mendapat (beroleh, diberi, menderita) sesuatu; ~ apa = apa ~ a) ditimpa apa; b) apa sebab, mengapa; ~ buat kena sihir (orang); ~ hujan ditimpa hujan; ~ penyakit demam kepialu mendapat (menderita) penyakit demam kepialu; ~ upah beroleh atau diberi upah (utk melakukan sesuatu); 4. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan (dan sama maksudnya dgn awalan ter atau di pd kata kerja); ~ marah dimarahi; ~ pukul dipukul; ~ tangan ditangani (dipukul dgn tangan); ~ tipu tertipu, ditipu; 5. tidak bebas (terlepas, terkecuali) drpd, dibebankan (diwajibkan) mematuhi peraturan (menanggung bayaran dll): semua jenis minuman keras ~ cukai baru itu; 6. berpadanan atau berpatutan (bkn harga, tawaran, dll), cocok atau sesuai (dgn yg dikehendaki, yg sepatutnya, dsb), sesuai atau tepat sekali (dgn sesuatu, seseorang): kalau ~ harganya saya jual juga rumah ini; barang apa yg tidak ~ pd hatinya disuruhnya ubah atau gantikan; pakaian yg indah itu ~ pula dgn orang yg memakainya; ~ gayanya = ~ (dgn) jalannya cocok atau sesuai caranya; ~ pd tempatnya berpadanan, sesuai benar, tepat sekali; 7. terpaksa (membuat dll sesuatu): oleh sebab ibunya sakit, ~lah dia seorang diri mengurus rumah tangga; ia merungut kerana tiap-tiap hari ~ bangun pagi-pagi; ~ andeka ditimpa daulat (mendapat bencana kerana menderhaka kpd raja, pemerintah, dll); ~ ekor mendapat wang sbg hasil drpd cabutan nombor-nombor akhiran loteri (berasaskan keputusan lumba kuda); ~ emas menerima rasuah (wang suap); ~ hati a) jatuh cinta (pd); b) kesal, menyesal; ~ loteri mendapat hadiah kerana nombor tiket yg dibeli sama dgn nombor cabutan loteri; ~ miang a) lekat miang (buluh dll) pd bahagian tubuh; b) = ~ tempias ki mendapat bencana akibat perbuatan (kelakuan) buruk orang lain; ~ setan dirasuk setan; ~ tali kena tipu (ditipu); ~ batang hidung sendiri prb menimpa diri sendiri (bencana, keaiban, kesusahan, dll); ~-~ spt santan bergula, tak ~-~ bagai antan pukul kepala prb sesuatu perbuatan (perkataan) itu jika bersalahan tafsirannya, jadi melarat, jika benar mendatangkan kebajikan; kalau ~ tampar, biar dgn tangan yg bercincin, kalau kena tendang, biar dgn kaki yg berkasut prb kalau berbantah janganlah dgn orang yg jauh lebih rendah darjatnya, kerana kalau kita menang tidak ada apa-apa keistimewaannya tetapi kalau kalah mendapat malu yg berpanjangan; berkena ada hubungan kerabat (kekeluargaan) dgn: dia tu ~ dgn ayah saudara saya; berkenaan 1. berhubungan, berkaitan, bersangkutan, tentang (hal): wakil Amerika Syarikat itu telah memberikan kenyataan yg jelas lagi munasabah ~ dgn dasar tersebut; beliau akan bercakap ~ dgn kemajuan ekonomi negeri ini; pihak yg ~ pihak yg berkaitan (bersangkutan); 2. cocok, sekata, sepakat, sesuai, setuju: apabila perundingan sudah ~ kelak barulah dapat ditandatangani suatu perjanjian; 3. = berkena-kenaan saling berkenaan; mengena 1. tepat kena pd sasaran, matlamat, yg dituju, dll: tembakannya ~ dan harimau itu rebah tersungkur; 2. memperoleh tangkapan (bkn jerat, perangkap, umpan), mendapat (hasil tangkapan dsb): 3. mendatangkan hasil atau kesan yg dikehendaki atau diharapkan (bkn muslihat atau tipu daya): perangkapku pun ~ juga seekor kancil besar; kerana ia tahu umpannya sekarang ~, ia mencari muslihat lain lagi utk langkah selanjutnya; kena-mengena 1. ada sangkut pautnya (hubungannya, kaitannya, dll): apa ~nya perkara ini dgn ayahnya?; orang yg diawasi itu sebenarnya ada ~ dgn penipuan yg berlaku itu; 2. ada hubungan kekeluargaan (persaudaraan), berkerabat: ia ~ dgn saya kerana ia berkahwin dgn sepupu saya; mengenai 1. kena pd (matlamat, sasaran, dll): maka peluru meriam itu pun datang ~ segala orang Melaka, ada yg putus lehernya; diparangnya segala tombak itu habis putus-putus, sebilah pun tiada ~ dia; 2. menyentuh, bergesel dgn (sesuatu): hendaklah berhati-hati supaya wayar elektrik itu tidak ~ besi itu; 3. berkenaan (berkaitan, berhubungan) dgn, tentang: dlm buku kecil itu terdapat catatan-catatan penting ~ beberapa perkara; mereka mencari suatu penyelesaian ~ masalah tersebut; 4. menimpa: penyakit campak ini lebih kerap ~ kanak-kanak drpd orang dewasa; 5. Mn, bp bersetubuh; mengenakan 1. menyebabkan kena atau menghalakan supaya kena (pd sesuatu sasaran): tembakan itu dikenakan pd kakinya; 2. melekatkan, memasangkan: ~ kancing baju; ~ kunci pintu; 3. menjadikan sbg kewajiban (bkn undang-undang, peraturan, dsb), mewajibkan, menjadikan tanggungan atau bebanan (bkn bayaran, cukai, dsb), mempertanggungkan: undang-undang darurat ini akan dikenakan pd setengah-setengah kawasan sahaja; kesatuan akan ~ bayaran yg rendah kpd semua ahlinya yg ingin mengikuti kursus ini; 4. a) memakaikan (baju, kasut, dll) pd diri sendiri atau pd diri orang lain: ia berdiri di hadapan cermin sambil ~ baju barunya; tiada peraturan tertentu tentang cara ~ pe-warna mata; b) menyarungkan (cincin): ~ cincin pd jari tunangnya; 5. = mengena-ngenakan mempermainkan, memperdaya, menipu: selalu sahaja dia hendak ~ kita dgn berbagai-bagai tipu helahnya; ~ tangan kpd ki a) menghukum dll; b) memukul dgn tangan, menangani; ~ baju di badan maka sesuai prb menimbangkan baik buruk perbuatan orang lain berasaskan perasaan atau sifat diri sendiri; terkena 1. telah dikenakan (dilekatkan, dipasang, dll): beberapa pakaian yg indah-indah ~ pd tubuh Ibrahim Kakan itu; 2. mendapat atau tertimpa sesuatu (spt penyakit dll): tujuan menyuntik penduduk kampung itu adalah utk melindungi mereka drpd ~ penyakit tersebut; 3. terpedaya, tertipu: hati-hati sebelum ~; berasa ~ a) berasa tertipu; b) berasa tersinggung; c) berasa kecewa, menyesal; 4. tersentuh (terlekat) pd: setengah-setengah butir debunga itu akan ~ pd stigma pokok yg berdekatan; 5. kena sampuk (diganggu makhluk halus): dia ~ di pokok itu; 6. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan: sakitnya spt rasa sakit ~ cubit; ~ beragih Mn a) berasa menerima bahagian yg terkurang drpd yg sewajarnya (sepatutnya); b) suram muram mukanya; ~ buat terkena jampi atau sihir; ~ pd ikan bersorak, ~ pd batang masam prb ketika untung bergembira dan ketika rugi marah-marah; sekali jalan ~, dua kali jalan tahu, (tiga kali ~ jera) prb kali pertama tertipu, kali kedua dan seterusnya sudah tahu; perkenakan menyuruh seseorang memperdaya (menipu) orang lain: ~ saja Mat Dali tu, biar dia bodoh macam kongkang; pengenaan perihal mengenakan, perbuatan mengenai atau mengenakan: ~ cukai yg tinggi pd barang-barang tersebut dianggap tidak wajar; ~ pantang larang adalah utk mengelakkan drpd memudaratkan lagi keadaan seseorang pesakit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersihir | kena sihir atau disihir, terpesona, terpukau: suasana dlm bilik itu kaku, seolaholah ~ menyaksikan drama kehidupan yg tak terduga itu; jari-jarinya tidak bergerak lagi, seakan-akan ~ , lalu kaku di mata mesin taip; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
dither | n (colloq) state of nervousness, agitation, keadaan serba tak kena; all of a ~, in a ~, serba tak kena; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
amiss | adj 1. wrong, the matter, [various translations]; (colloq) tak kena: is st ~?, ada apa-apa?; st must be ~ if the place is full of police, tentu ada sst yg terjadi jika tempat ini penuh dgn polis; according to the doctor there was nothing ~ with her, menurut doktor dia tdk sakit apa pun; everything is ~, semuanya serba tak kena; 2. faulty, deserving complaint, [various translations]; (colloq) tak kena: st is ~ with the car, ada sst yg rosak pd kereta itu; there must be st ~ if the books do not balance, tentu ada sst yg silap jika akaun ini tdk seimbang; his judgement was slightly ~ on this occasion, pertimbangannya tdk berapa tepat kali ini; 3. out of place, salah: it would not be ~ for you to participate, tdk ada salahnya or tdk salah jika kamu ikut serta; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
business | mean ~, sungguh-sungguh, bukan main-main; mind os own ~, (men)jaga /urusan, hal/ sendiri; be none of sos ~, tak kena-mengena dgn sso: where I go and what I do is none of your ~, ke mana saya pergi dan apa saya buat, tak kena-mengena dgn kamu; be nobodys ~, saya punya fasal: its nobodys ~ how I spend my money, saya punya fasallah bagaimana saya membelanjakan wang saya; on ~, (connected with work in general) atas urusan kerja; (connected with commercial or trading activity) atas urusan perniagaan; put so. out of ~, membuat sso menggulung tikar; send so. about his ~, menyuruh sso menjaga /urusannya, halnya/ sendiri. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
irrelevant | adj (not connected with) tdk /berkaitan, bersangkutan/ (dgn sst), tdk (ada) kena-mengena dgn sst, tdk ada /kaitan, sangkut paut/ dgn sst; (not important) tdk penting; (leg.) tak relevan: ~ remarks, kata-kata yg tdk ada kena-mengena dgn perkara yg dibincangkan; an essay cluttered with ~ details, esei yg penuh dgn butiran yg tdk berkaitan (dgn tajuk); for as long as she is able to do the job satisfactorily, her qualifications are quite ~, jika dia dapat menjalankan tugasnya dgn memuaskan, kelulusannya tdk penting; be ~ to, tdk /berkaitan, ada kaitan, (ada) kena-mengena/: the question is ~ to the point under discussion, soalan itu tdk ada kaitan dgn perkara yg dibincangkan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
irrelevance, irrelevancy | n 1. state, quality of being unrelated, (keadaan) tdk /berkaitan, bersangkutan/ (dgn sst), tdk (ada) kena-mengena dgn sst, tdk ada /kaitan, sangkut paut/ dgn sst; (leg.) tak relevannya; 2. unrelated facts, remark, etc, approp n + yg tdk /berkaitan, bersangkutan/ (dgn sst), approp n + yg tdk (ada) kena-mengena dgn sst, approp n + yg tdk ada /kaitan, sangkut paut/ dgn sst: she ignored the ~ and continued her argument, dia tdk menghiraukan komen yg tdk berkaitan itu dan meneruskan hujahnya; try to cut all the irrelevancies out of your speech, cuba keluarkan segala perkara yg tdk bersangkutan dr ucapan saudara. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
figure | ~ so. out, (US), (colloq) faham sso: can you ~ him out? I cant, kamu faham dia? Saya tak; ~ st out, (US), (colloq) a. calculate st, kira sst: have you ~d out how much the hotel will cost us, kamu sudah kira berapa kita kena bayar hotel; b. understand st, faham sst: I cant ~ out what he is trying to say,saya tak faham apa yg hendak dikatakannya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
awful | adj 1. dreadful, appalling, dahsyat: the ~ carnage on the battle fields, pembunuhan yg dahsyat di medan perang; 2. (colloq), [various translations]: she wears ~ clothes, pakaiannya teruk betul; I had an ~ time at the party, saya tak seronok betul di majlis itu; he is an ~ bore, dia sungguh membosankan; he got an ~ thrashing, teruk betul dia kena pukul. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
siwal | dalih: kereja un, kak idah angei ~ kerja saja, jangan banyak dalih; amun lok semua kena, kalau nda lok seribu ~ (kalau mahu semua dapat, kalau tidak mahu seribu dalih) prb kalau mahu seribu daya, kalau tak mahu seribu dalih; | Melanau Mukah | |
Kamus Sains.indb adductor. (UBAT) abend (aben) Penamatan atur cara akibat ralat seperti ralat yang berlaku apabila huruf di- gantikan dengan nombor. Istilah ini dibentuk daripada abnormal ending atau abnormal end, iaitu pengakhiran tak normal. (KOM, MAT) aberration of light (aberasi cahaya) Aberasi imej yang terbentuk oleh kanta atau cermin lengkung. Contohnya, pinggir berwarna muncul kerana imej tidak difokus dengan sempurna dan ben- tuknya unit ukuran untuk jisim sebagai salah satu daripada tiga unit asasnya. Sinonim absolute unit. (FIZ) absolute unit (unit mutlak) Lihat absolute system of units. (FIZ) absolute value (nilai mutlak) Nilai tak negatif yang bernilai a jika diberi nombor yang tak negatif dan yang bernilai jika diberi nombor yang negatif. Simbol nilai mutlak bagi nombor ialah |a|. Contohnya, |4| = 4; |-4| = 4
|
Kamus Thai 2.indb Saya suka membaca buku คุณชอบ ร ั บประทานอะไรบ ้ าง Awak suka makan apa? 2 (ถูกต ้ อง) wajar, betul: การกระทำของเขา เป็นสิ่ งที่ ชอบแล ้ ว Tindakannya wajar. 3 (เหมาะ) kena, sesuai: ชอบด ้ วยกาลเทศะ kena pada waktunya 4 (ถูกใจ ถูกกัน) menyukai ชอบกล [-kon] ว ganjil, pelik, aneh ชอบใจ [-cai] ก bergembira: ฉ ั นชอบ ใจที่ พจนานุกรมนี้ จะตีพิมพ ์ ในไม ่ ช ้ านี้ Saya sangat
|
Kamus Thai 2.indb ่ ต ่ างประเทศ Aziz mengenang zaman mudanya sewaktu belajar di luar negeri. รำมะนา [rammana:] น rebana ร ่ ำรวย [ramruay] ดู รวย ร ่ ำไห ้ [ramhai] ก menangis tak henti- henti: ผู ้ หญิงคนนั้ นร ่ ำไห ้ สะอึกสะอื้ นเมื่ อเห็น ศพของลูกสาวของเธอ Wanita itu menangis tak henti-henti apabila melihat mayat anak perempuannya. รำลึก [ramlk] ดู ระล ึ ก ริเริ ่ ม [rirm] ก memulakan: เขาเป็นผู ้ ริเริ่ มโครงการนี้ Dialah yang memulakan projek ini. ริดสีดวงจมูก [ritsi |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata tak kena. |
|
Puisi |
---|
|
Tahan bubu di Sungai Dungun, Seekor ikan haram tak kena; Mengapa adik duduk termenung, Di manakah tempat abang tak kena.
Lihat selanjutnya... |
|