Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Khidmat Nasihat ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
kekok(kékok) 1. kaku ketika berbuat sesuatu (kerana belum biasa), tidak lembut atau tidak kemas gerak-gerinya, canggung: kulihat ~ sahaja ia berjalan bergandingan dgn isterinya; 2. sukar menggunakannya (bkn alat dll); 3. Mn = ~ akal ki tidak jujur, busuk hati; kekekokan perihal (keadaan) kekok: jelas ada ~ dlm hubungan suami isteri itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kekok/kékok/ canggung atau kaku melakukan sesuatu (kerana belum biasa); tidak kemas gerak-gerinya: Sedikit pun tidak ~ lagi dia bekerja dan bercampur gaul dgn kelasi-kelasi lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kekok/kékok/ canggung atau kaku melakukan sesuatu (kerana belum biasa); tidak kemas gerak-gerinya:Sedikit pun tidak ~ lagi dia bekerja dan bercampur gaul dgn kelasi-kelasi lain.Kamus Pelajar
kekok akalki tidak jujur, busuk hati;Kamus Dewan Edisi Keempat
canggung I1. kurang biasa atau kurang senang menggunakan (melakukan) sesuatu, kekok, kaku, janggal: dr kecil lagi dia diajar menari, sebab itulah apabila dia menari, tidak ~ nampaknya; 2. berasa kurang senang (tidak bebas), segan-segan atau malu-malu (kerana tidak biasa bercampur atau tidak tahu adat resam orang): anak raja itu terasa serba kekok dan ~, tidak tahu apa yg hendak dibuatnya; 3. kurang elok atau sempurna (pd pandangan atau pendengaran), tidak kena pd tempatnya, agak janggal: bahasa karangannya begitu ~ hingga tidak dapat disiarkan; kenalanku ada yg cantik dan tidak akan ~ jadi isterimu; 4. serba kekurangan (bkn kehidupan, pengetahuan, dll): bagaimana aku dapat hidup senang, kalau serba ~ spt ini; 5. = tercang­gung Mn a) berasa sepi (kerana tidak berteman dll); b) kurang senang (kecewa dll): hendaklah diusahakan supaya pembeli jangan ~; ~ bagai antan dicungkilkan duri prb perbuatan yg bukan-bukan, tidak kena pd tempatnya; kecanggungan 1. perihal canggung (kekok, kaku, janggal), kekekokan, kekakuan, kejang­galan; 2. perihal canggung (segan-segan atau malu-malu): ~nya jelas pd gerak-gerinya; 3. perihal canggung (kurang elok atau sempurna pd pandangan atau pendengaran): ~ bahasanya memperlihatkan kecetekan pengetahuannya tentang tatabahasa bahasa Melayu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kekekokanperihal (keadaan) kekok: jelas ada ~ dlm hubungan suami isteri itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
gabirMn canggung, kekok.Kamus Dewan Edisi Keempat
canggung I1 agak kekok atau kurang mahir melakukan sesuatu kerana belum biasa melakukannya; janggal: Sesuatu pekerjaan itu jika selalu dibuat tidaklah akan ~ lagi tampaknya. 2 agak segan atau malu-malu kerana tidak biasa dgn sesuatu keadaan atau suasana: Aku berasa ~ sekali apabila bercampur gaul dgn mereka. 3 tidak kena pd tempatnya; kurang baik (buatannya, susunannya dsb); janggal: Susunan kata dlm ayat-ayatnya ~ sekali.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kecanggungan1. perihal canggung (kekok, kaku, janggal), kekekokan, kekakuan, kejang­galan; 2. perihal canggung (segan-segan atau malu-malu): ~nya jelas pd gerak-gerinya; 3. perihal canggung (kurang elok atau sempurna pd pandangan atau pendengaran): ~ bahasanya memperlihatkan kecetekan pengetahuannya tentang tatabahasa bahasa Melayu.Kamus Dewan Edisi Keempat
terangkak-rangkaktidak lancar dan agak kekok dlm membuat sesuatu: semakin parah lagi apabila mereka ~ menggunakan kom­puter.Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
 
kekok (adjektif)
Bersinonim dengan canggung, kaku, janggal, gabir, kurang biasa, tak kena.,