Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PERANG TABUK

Perang Tabuk berlaku pada bulan Rejab tahun

ke-9 H., antara orang Islam di bawah pimpinan Nabi

Muhammad s.a.w. dengan orang Rom di Syam. Raja

Rom bernama Harqal telah mengumpulkan orang

Rom dan kabilah-kabilah Arab yang berada di

bawah pertuanan Rom, untuk memerangi orang

Islam. Rasulullah s.a.w. yang mengetahui perkara ini,

keluar bersama-sama 30 000 orang tentera Islam

untuk menentang mereka pada tahun yang

mengalami kemarau dan cuaca yang sangat panas.

UMUM
PERANG MISLUN

Perang Mislun atau Maysalun ialah peperangan

orang Syria dengan penjajah Perancis. Perancis

dan British telah membahagikan negara Syam

kepada Syria, Lubnan, Palestin dan Jordan selepas

Perang Dunia I (19141918 M.) mengikut Perjanjian

SykesPicot. Perancis menjajah kawasan pantai

Syria manakala bahagian pedalaman Syria

diperintah oleh al-Amir Faysal. Perancis yang ingin

menguasai keseluruhan Syria, telah menghantar

Jeneral Gourand untuk berbincang dengan al-Amir

Faysal. Dia meminta al-Amir Faysal menerima

penyatuan Syria yang akan dibuat oleh Perancis

dan beberapa permintaan lainnya. Kabilah-kabilah

Arab di Syria menolaknya. Ini memaksa Jeneral

Gourand memberi amaran secara bertulis kepada

al-Amir Faysal supaya menerima tuntutan itu.

Kerajaan al-Amir Faysal menerima amaran itu

walaupun kabilah Arab tetap menolak tuntutan

Perancis.

UMUM
PERANG

Perang ialah suatu pertarungan antara dua

golongan besar yang berusaha untuk memusnah

atau mengalahkan lawan masing-masing.

Peperangan ada pelbagai jenis, misalnya

peperangan antara dua buah keluarga, kabilah

dengan kabilah dan antara pengikut satu agama

dengan pengikut agama yang lain.

UMUM
ABU HURAYRAH

Abu Hurayrah (21 S.H.59 H./602 M.679 M.),

salah seorang sahabat yang setia dan keturunannya

berasal daripada kabilah al-Azd. Nama penuhnya

ialah Abd al-Rahman ibn Shakr al-Dawsiy. Dia

dibesarkan dalam keadaan yatim pada zaman Jahiliah.

Yang pasti, dia memeluk Islam melalui al-Tufayl ibn

Amru al-Dawsiy yang datang menemui Rasulullah

SAW. Sebelum Hijrah, Abu Hurayrah r.a. bersama-sama

kaum kerabatnya yang memeluk Islam tidak

bergabung dengan Rasulullah SAW melainkan

setelah tamat pembukaan Khaybar. Abu Hurayrah

datang dengan 80 orang kabilah Daws yang

memeluk Islam. Kebetulan kedatangan mereka

ketika orang Muhajirin baru kembali dari Habsyah,

yang diketuai oleh Jafar ibn Abi Talib r.a. Rasulullah

SAW meraikan mereka dengan memberikan

sebahagian harta rampasan Khaybar. Abu Hurayrah

sentiasa mendampingi Rasulullah SAW dan menjadi

ketua ahli al-Suffah di Masjid Nabawi.

UMUM
ABU AL-HAYTHAM IBN AL-TAYHAN

Abu al-Haytham ibn al-Tayhan ( ? 20 H./

? 641 M.), sahabat Rasulullah SAW daripada

golongan Ansar. Nama sebenarnya ialah Malik ibn

al-Tayhan. Dia berasal daripada keturunan kabilah

al-Aus iaitu salah satu kabilah yang terdapat di

Madinah. Walaupun dia dibesarkan pada zaman

Jahiliah tetapi dia amat membenci penyembahan

berhala. Dia berpegang pada agama tauhid. Oleh

sebab itu dia segera memeluk Islam dan

merupakan antara enam orang terawal menemui

Rasulullah SAW di Makkah dan beriman kepada

Baginda. Dia juga hadir dalam dua Baiah, iaitu

Baiah Aqabah I dan Baiah Aqabah II serta dilantik

sebagai salah seorang naqib.

UMUM
ZAYD IBN THABIT

Zayd ibn Thabit (11 SH 45 H/611 M 665),

sahabat nabi yang berasal daripada golongan

Ansar daripada kabilah Khazraj. Nama penuhnya

ialah Zayd ibn Thabit Abu Kharijah. Dia lahir di

Madinah. Bapanya terbunuh dalam Perang Biath

sewaktu dia berusia enam tahun. Dia dibawa

ke Makkah oleh ibunya.

UMUM
PERANG HUNAYN-HAWAZIN

Perang Hunayn-Hawazin berlaku pada 10

Syawal tahun kelapan H., sebaik sahaja selesai

pembukaan atau penaklukan Makkah al-

Mukarramah. Peperangan ini berlaku antara kaum

muslimin yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w.

dengan kaum musyrikin dari kabilah Hawazin dan

kabilah Thaqif di daerah Taif.

UMUM
MARINIYYUN, KERAJAAN

Mariniyyun, Kerajaan (610 H. 869 H./

1213 M.1465 M.). Menurut sejarah, kerajaan

al-Mariniyyun ialah generasi peringkat kedua

kabilah Zanatah al-Barbariyyah.

UMUM
SAYID

SAYID, gelaran yang diberikan kepada keturunan Arab di Malaysia.  Perkataan Sayid berasal daripada bahasa Arab Sayyid yang bermaksud ketua atau pemimpin. Sayid juga bermaksud pemimpin atau ketua kabilah.  Misalnya, Abu Masud mendakwa sebagai ketua kabilah Thaqif dan al-Walid bin al-Mughirah sebagai ketua kabilah Quraisy.  Sayid juga boleh diertikan sebagai orang kenamaan, gelaran yang diberikan kepada golongan ahli tasawuf dan ahli keramat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
SALAH AL-DIN AL-AYYUBI (532589 H. / 11371193M.)

SALAH AL-DIN AL-AYYUBI (532589 H. / 11371193M.), digelar al-Malik al-Nasir dan pemimpin

tentera Islam yang terkenal. Nama penuhnya ialah

Yusuf ibn Ayyub ibn Shadiy ibn Marwan ibn

Yaqub al-Duwiniy, al-Takritiy al-Mawlid Abu

Muzaffar, Salah al-Din al-Ayyubi. Ayahnya Najm al-

Din berasal dari Duwin, sebuah negeri di

Azerbaijan di bahagian Aran dan al-Karaj. Dia

berasal daripada keturunan al-Rawadiyyah dan

juga daripada Kabilah al-Huzbaniyyah yang

merupakan antara kabilah Kurdis yang terbesar.

Kabilah al-Huzbaniyyah yang diketuai oleh

Mujahid al-Din Bahruz, iaitu ketua pengawal

tentera Iraq yang tiba di Tikrit setelah

kekuatannya tersusun lengkap dan kabilahnya

memberi khidmat kepadanya dalam keadaan

inilah lahirnya Salah al-Din.

UMUM
Tesaurus
 
kabilah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan kaum, suku bangsa, puak.,