Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Intan dingin isinya dingin, Dingin tidak berbau lagi; Puan ingin tiada ingin, Ingin tiada baharu lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ingin pergi Kuala Tembelang, Tamat berjalan Kuala Cik Bilang; Sakit di sendi ubat di tulang, Mana penyakit bolehkan hilang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dari Beaufort pergilah Lumadan, Selalu ingin berlari-lari; Kalau terluput nyawalah di badan, Barulah boleh adik mengganti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Baju dipakai baju yang mana, Ingin serai rimbun ke daun; Tinggal sekejap sebulan rasa, Rasa berkecai beribu tahun.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Beringin di tepi huma, Daun lebat sebelukar; Ingin hati memetik bunga, Pangkal dililit ular besar.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tudung saji hanyut terapung, Disulam gambar dengan benang; Hati ingin pulang ke kampung, Luasnya laut tidak terenang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pokok beringin daunnya hijau, Pokok lada ditebas budak; Hati ingin memandang pulau, Biduk ada pengayuh tidak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Burung kedidi terbang ke pantai, Terbang mari berkawan-kawan; Ingin nak petik buah di tangkai, Takut pula rosak sedahan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau tuan naik perahu, Anaklah Cina melipat kain; Kalaulah tuan ingin nak tahu, Kitalah bukan orang lain.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah beringin buah bidara, Dari Lukut ke Pulau Pinang; Hati ingin kepada dara, Hati takut hendak meminang.
Tesaurus
 
ingin (kata kerja)
Bersinonim dengan mahu, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan;,
Kata Terbitan : mengingini, menginginkan, teringin, keinginan, berkeinginan,

Puisi
 

Ingin pergi Kuala Tembelang,
     Tamat berjalan Kuala Cik Bilang;
Sakit di sendi ubat di tulang,
     Mana penyakit bolehkan hilang.



Lihat selanjutnya...