Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
TIANG SEBATAN

Tiang sebatan ialah tempat pesalah diikat untuk

disebat sebagai hukuman. Hukuman ini satu ketika

dahulu dilakukan di hadapan khalayak ramai.

Kebanyakan kampung di England mempunyai tiang

untuk menjalankan hukuman sebatan ini di dataran

awamnya. Tiang ini biasanya dilengkapi dengan

pasung (lihat Pasung ).

UMUM
HUKUMAN DALAM FIQH ISLAMUMUM
HUKUMANUMUM
TANAH JAJAHAN HUKUMAN

Tanah jajahan hukuman ialah petempatan di

luar sesebuah negara tempat negara tersebut

memenjarakan para banduan. Dari tahun 1500-an

hingga pertengahan tahun 1900-an, banyak negara

Eropah menggunakan tanah jajahan hukuman untuk

mengurangkan kesesakan di penjara dan untuk

membuang banduan ke tempat yang jauh. Kadang-kadang

banduan ini digunakan sebagai buruh untuk

membangunkan sumber alam sesebuah tanah

jajahan.

UMUM
PENANGGUHAN HUKUMANUMUM
PELAKSANAAN HUKUMAN MATIUMUM
PERCUBAAN

Percubaan ialah satu tindakan kehakiman yang

membenarkan penjenayah yang disabitkan

bersalah, tinggal bebas dengan masyarakat sebagai

ganti menjalani hukuman di dalam penjara.

Hukuman percubaan selalunya diizinkan oleh

hakim kepada mereka yang disabitkan bersalah

melakukan kesalahan jenayah selain jenayah berat,

seperti rompakan bersenjata, pembunuhan atau

rogol. Hukuman percubaan ini memberikan

peluang kepada pesalah untuk membuktikan

bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatan

jenayah itu lagi. Perkataan percubaan (probation)

dalam bahasa Inggeris diambil daripada perkataan

Latin yang bermaksud membuktikan atau menguji.

UMUM
PERLUCUTHAKAN

Perlucuthakan ialah hukuman atau denda

menurut undang-undang terhadap seseorang yang

didapati bersalah atas perbuatan salah laku atau

terhadap seseorang yang melanggar kontrak atau

syarat. Ia akan kehilangan beberapa hak atau

pemilikan.

UMUM
TA'ZIRSalah satu bentuk hukuman dalam Islam.AGAMAKonsep
YAMASHITA, TOMOYUKI

Yamashita, Tomoyuki (18851946), jeneral

Jepun dalam Perang Dunia II yang dijatuhi

hukuman mati kerana melanggar undang-undang

perang.

UMUM
Tesaurus
 
hukum (kata nama)
1. Rujuk undang-undang

2. Bersinonim dengan ketetapan: ketentuan, peraturan, cara, tatacara,

Kata Terbitan : hukuman, menghukum, menghukumkan, terhukum,