Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Neraca berbatu intan.

Takrif

Hukuman yang seadil-adilnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bak ajung berat sebelah.

Takrif

Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai limau masam sebelah, b. Bagai perahu karam sebelah). ajung = jung, sebangsa kapal.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai perahu karam sebelah.

Takrif

Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai limau masam sebelah.

Takrif

Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Nasi masak periuk pecah.

Takrif

Hukuman yang sudah putus tak dapat dibanding (diapel) lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rumah sudah tukang berbunuh (= dibunuh).

Takrif

Hukuman yang tak dapat dibanding (apel) lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Limau masak sebelah, perahu karam sekerat.

Takrif

Hukuman yang berat sebelah kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Memanjat pokok cekur boleh jatuh mati.

Takrif

Hukuman yang berat kerana kesalahan yang sedikit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Memancung tinggi-tinggi, menebang rendah-rendah.

Takrif

Hukuman diminta yang setinggi-tingginya, tetapi yang dijatuhkan ialah yang serendah-rendahnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menimbang (= mengati) sama berat, mengukur sama panjang.

Takrif

Hukuman yang tiada berat sebelah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
hukum (kata nama)
1. Rujuk undang-undang

2. Bersinonim dengan ketetapan: ketentuan, peraturan, cara, tatacara,

Kata Terbitan : hukuman, menghukum, menghukumkan, terhukum,