Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Puisi ; Khidmat Nasihat ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Beruang bagai durian, bernabu bagai cempedak.

Takrif

Keluarga atau sahabat handai yang sudah terpisah jauh. ruang = alur; nabu = isi yang menempel pada bijinya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Senduk dengan belanga lagi berlaga.

Takrif

Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, c. Senduk dan periuk lagi berantuk).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Senduk dan periuk lagi berantuk.

Takrif

Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi.

Takrif

Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk.

Takrif

Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga.

Takrif

Kerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
handai (kata nama)
Bersinonim dengan kawan, rakan, sahabat, teman, kenalan, taulan, sekutu, konco, geng, member;,
Kata Terbitan : berhandai-handai,