Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Halal dipakai batil dibuang, Iman dan takwa kepada Allah; Besarnya pandai kecil terbilang, Sopan santun tiada menyalah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu mengikut sunah, Halal dipakai batil dibuang; Taat ke ibu berpatutan ke ayah, Besarnya pandai kecil terbilang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apa gunanya menilik kaji, Bila tak tahu halal haram; Apa gunanya adik berjanji, Bila tak mahu tidur setilam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bangsal Tok Jalal, Bangsal ikan pari; pastikan rezeki halal, Sempurna anak isteri.Pantun Melayu SarawakNasihat
Tebang pokok pedada, Bangsal Tok Jalal; Rezeki tetap ada, Pastikan rezeki halal.Pantun Melayu SarawakKiasan
Apabila membeli hati, Beli bersama empedal; Apabila mencari rezeki, Carilah secara halal.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Aida Manan anak Pak Jala;, Membuka gerai tebing seberang; Adan makanan bertanda halal, Kaji selidik pecah tembelang.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Sejak nasi menjadi bubur, Akal padam badan mengeram; Sejak babi menjadi mandur, Halal haram dimakan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Banyak orang mandi berenang, Tidak peduli kapalnya karam; Banyak orang mencari senang, Tidak peduli halal dan haram.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Biarlah orang menebar pukat, Kita menebar jala sepukal; Biarlah orang mengejar pangkat, Kita mengejar kerja nan halal.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
1
Tesaurus
 
halal (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan dibenarkan, diizinkan, dibolehkan, diperkenan;,
Kata Terbitan : menghalalkan, kehalalan, penghalalan,