Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Puisi ; Kerajaan Malaysia ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SUNGAI LIMPOPO

Sungai Limpopo ialah sungai utama yang

mengalir sejauh 1600 kilometer di tenggara Afrika

(lihat Afrika Selatan [peta rupa bumi]). Sungai

Limpopo berpunca dari tanah tinggi dan

memisahkan Provinsi Utara di timur laut Afrika

Selatan dari Botswana dan Zimbabwe sebelum

menyeberangi Mozambique dan masuk ke Lautan

Hindi. Rudyard Kipling menggambarkan sungai

tersebut dalam ceritanya, The Elephants Child,

sebagai Limpopo yang hebat, berwarna kelabu-hijau

dan berminyak. Ia juga dikenali sebagai Sungai

Buaya. Jarak 97 kilometer yang terakhir di hilir sungai

ini ialah kawasan air yang mengalami pasang surut.

Ke hulu dari tempat ini, sungai tersebut berubah-ubah

daripada lelehan air yang sedikit pada musim

kering sehinggalah kepada banjir yang besar pada

musim hujan. Sungai Olifants ialah cabang utama

Sungai Limpopo.

UMUM
SUNGAI UBANGI

Sungai Ubangi ialah anak sungai utama di

sebelah utara Sungai Congo, Afrika. Sungai Ubangi

yang dieja sebagai Oubangui, berukuran kira-kira

2250 kilometer panjang termasuk hulu sungainya

iaitu Sungai Mbomu. Sungai ini terbentuk daripada

gabungan Sungai Mbomu dengan Sungai Uele,

dan mengalir masuk ke dalam Sungai Congo

berhampiran Tasik Tumba di Zaire.

Sungai Ubangi membentuk garisan sempadan

sepanjang kira-kira 1100 kilometer yang

memisahkan Zaire dengan Congo di sebelah barat,

dan Republik Afrika Tengah di sebelah barat laut.

Sungai ini boleh dilayari sepanjang tahun bermula

dari bahagian hilir Bangui, Republik Afrika Tengah.

UMUM
SUNGAI MUSISUNGAI MUSI, sungai terbesar dan utama di Sumatera Selatan,  Indonesia.  Panjang sungai ini adalah lebih kurang 520 km dengan kawasan lembangan seluas 61 250 km persegi.  Sungai ini berpunca dari Banjaran Bukit Barisan di barat berhampiran gunung berapi Kaba di Bengkulu.  Laluannya di tenggara dan ke timur laut, merentangi banjaran gunung di daerah hulu Palembang sehingga ke kaki bukit di Tebing Tinggi.  Sungai ini mengalir keluar ke Selat Bangka melalui empat pelabuhan iaitu Sali, Ogan, Sungsang (Soensang) dan Pontian.  Pada musim hujan, kapal-kapal boleh memudiki sungai ini sehingga ke pertembungan Sungai Lematang, iaitu cawangannya di hilir.  Jarak Sungai Lematang ke laut ialah sejauh 270 m.  Sungai Musi bersama-sama dengan Sungai Ogan dan Sungai Komering bertembung di Palembang dan kawasan Pladju oleh beberapa cawangan sungai yang kecil.  Sungai Musi yang dalam membolehkan kapal-kapal besar melaluinya tetapi di Sungsang, airnya lebih cetek.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
1
Tesaurus
 
hulu (kata nama)
1. Rujuk tangkai

2. Bersinonim dengan pedalaman: udik, banat,
Berantonim dengan bandar

3. Bersinonim dengan mudik: udik, bahagian atas,
Berantonim dengan hilir

Kata Terbitan : menghulu, menghulukan,