Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Katan ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bukan padi sebarang padi, Padi ditabur menjadi lalang; Buah hati sekeping hati, Hati rindu denganmu abang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tuai padi selasih dulang, Saya tumpang secawan baja; Buah hati dimaklum orang, Saya menumpang kawan saja.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Teluk Jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan; Buah hati marilah dekat, Rindu abang tidak tertahan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pasang api menambah pukat, Aur perindu tidak berdahan; Buah hati mari dekat, Hatiku rindu tidak tertahan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Padi pulut dari permatang, Diambil orang buat kenduri; Buah hati kekasih orang, Tak kulupa sampai ke mati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kayu jati pelampung pukat, Buluh perindu tiada berdahan; Buah hati marilah dekat, Hatiku rindu tidak tertahan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kayu jati melampung pukat, Sayang belunuk tidak berdahan; Buah hati ke mari dekat, Dendam rindu tidak tertahan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Batang mari kepala pukat, Buluh perindu tiada berdahan; Buah hati marilah dekat, Aku rindu tiada tertahan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak sapi berkepala dua, Ditimbun raja tepi telaga; Buah hati abang berdua, Hendak dipilih sama serupa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ikan puyu lemak, Masak kuah lada; Intan rangkul emak, Buah hati emak juga.
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Puisi
 

Tuai padi selasih dulang,
     Saya tumpang secawan baja;
Buah hati dimaklum orang,
     Saya menumpang kawan saja.



Lihat selanjutnya...