Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; ujian ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Apabila atap sudah berlubang, Hujan masuk tiada bertahan; Apabila cakap suka temberang, Kawan mengutuk binasa badan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Batang kemiri sudah berlubang, Tak lama lagi tentulah rebah; Orang ku nanti tak pernah datang, Entahkah kini berpaling tadah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kerana kayu lapuk berlubang, Banyaklah ulat dan anai-anai; Kerana penghulu mabuk kepayang, Banyaklah helat tidak selesai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Jangan dipakai baju berlubang, Pakai bersulam kain pelikat; Jangan dipakai sesudah orang, Sesudah orang merosak kulit.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Berguna tiang kerana kuat, Tanda kuat tidak berlubang; Berguna orang kerana beradat, Tanda beradat tidak menyilang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Baik urat elok batangnya, Elok batang tidak berlubang; Baik adat elok orangnya, Baik orang bijak menenggang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Terbuang kayu dimakan ulat, Ulat makan batang berlubang; Terbuang Melayu lupakan adat, Adat terlupa bala yang datang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mengapa gendang berbunyi lembab, Kerana kulitnya sudah berlubang; Mengapa orang rosak perangai, Kerana hidupnya suka temberang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pucuk kemiri dimakan ulat, Daun yang segar jadi berlubang; Buruk negeri lupakan adat, Dusun yang besar menjadi lengang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Untuk apa orang ke hulu, Kalau kolek sudah berlubang; Untuk apa abang menunggu, Kalau adik sudah bertunang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
1
Tesaurus
 
lubang (kata nama)
1. Bersinonim dengan liang: rongga, gohong, saung,

2. Bersinonim dengan lekuk: pesuk, lopak, paluh, palung,

3. Bersinonim dengan peluang: kesempatan, jalan, cerlak,

Kata Terbitan : berlubang, melubang, melubangkan,

Puisi
 

Orang menyabung di balik teluk,
     Kena tikam habis berlubang;
Ayam terkepung di pagar buruk,
     Terkam musang lalu terbang.



Lihat selanjutnya...