Pantun |
Sumber |
Tema |
Mabuk di rumah Lelawangsa, Minum air tempayang tiga; Sepatah kata adik berkata, Itu membuat hatiku gila. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Burung tiung terlompat-lompat, Minum air dalam cerana; Hendak cium tidak bertempat, Ada tempat orang punya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dua tiga layar berpupu, Cari layar rata negeri; Dua tiga bulan tidak bertemu, Minum air terasa duri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Rambut hitam berkilat-kilat, Jatuh ke bantal berlipat-lipat; Tuan laksana air yang lebat, Minum sedikit menjadi ubat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Rapat-rapat pagar di darat, Buah kundang masak meranum; Kalau tak dapat bagai dihajat, Air Pahang saya tak minum. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sikat rambut berkilat-kilat, Tikar bantal dengan tilam; Minum sedikit menjadi ubat, Tuan laksana air nilam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
|
Tesaurus |
---|
| minum (kata kerja) | Bersinonim dengan meneguk, menggogok, menggelogok, menogok, menogak, menunggang, menghisap,
menghirup, menyedut, menelan, menjilat, mereguk;, | | Kata Terbitan : terminum, minuman, peminum, |
|
Puisi |
---|
|
Dua tiga layar berpupu, Cari layar rata negeri; Dua tiga bulan tidak bertemu, Minum air terasa duri.
Lihat selanjutnya... |
|