PeribahasaMinum air terasa duri, santap nasi terasa lilin.TakrifSangat bersusah hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSambil menyelam minum air.TakrifSekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil berdendang, biduk hilir, e. Sambil berdiang, nasi masak, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkayuh sambil bertimba.TakrifSekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, c. Sambil berdendang, biduk hilir, d. Sambil berdiang, nasi masak, e. Sambil menyelam minum air, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelayar sambil memapan, merapat sambil belayar.TakrifSekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkayuh sambil bertimba, b. Berkayuh sambil ke hilir, c. Ke sungai sambil mandi, d. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, e. Sambil berdendang, biduk hilir, f. Sambil berdiang, nasi masak, g. Sambil menyelam minum air, h. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, i. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau). memapan = memasang papan untuk dinding, lantai dan sebagainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau.TakrifSekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, e. Sambil berdendang, biduk hilir, f. Sambil berdiang, nasi masak, g. Sambil menyelam minum air). rengkuh = menarik kuat-kuat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar.TakrifSekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, e. Sambil berdendang, biduk hilir, f. Sambil berdiang, nasi masak, g. Sambil menyelam minum air). pura = pundi-pundi tempat wang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam.TakrifSangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Tidur tak lelap, makan tak kenyang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir diminum sembiluan.TakrifSangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. sembiluan = rasa pedih seperti dihiris dengan sembilu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| minum (kata kerja) | Bersinonim dengan meneguk, menggogok, menggelogok, menogok, menogak, menunggang, menghisap,
menghirup, menyedut, menelan, menjilat, mereguk;, | | Kata Terbitan : terminum, minuman, peminum, |
|
Puisi |
---|
|
Dua tiga layar berpupu, Cari layar rata negeri; Dua tiga bulan tidak bertemu, Minum air terasa duri.
Lihat selanjutnya... |
|