Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
AESCHYLUS | Aeschylus (525456 S.M.) ialah penulis terawal yang menulis tragedi Yunani yang karyanya wujud dalam bentuk yang lengkap. Dia menulis lebih daripada 80 drama, yang daripada jumlah itu tujuh masih wujud. Karya-karya ini memperlihatkan seorang seniman yang benar-benar patriotik dan warak yang membawa kematangan kepada tragedi Yunani. Sebelum Aeschylus, tragedi Yunani mempunyai seorang pelakon yang hanya dapat memberi respons kepada soalan atau cadangan korus. Aeschylus menambah bilangan pelakon kepada dua, yang mewujudkan dialog yang membolehkan watak berinteraksi. | UMUM | |
YANYI | Fiksyen yang wujud pada akhir zaman dinasti Yuan. | SASTERA | Karya |
SASTERA SUKUAN INGGERIS | Sastera yang wujud di Malaysia setelah penjajahan Inggeris. | SASTERA | Konsep |
SASTERA ARAB MESIR | Sastera yang wujud dan berkembang di kalangan penduduk Mesir. | SASTERA | Konsep |
TEKANAN RERAMBUT | Perbezaan tekanan yang wujud pada antara dua muka yang memisahkan dua bendalir yang tak bercampur dengan salah satu daripada bendalir tersebut lebih memilih untuk membasahkan pepejal. Fasa bendalir yang membasahi permukaan pepejal dipanggil fasa membasah manakala fasa bendalir yang tidak membasahi permukaan pepejal dipanggil fasa tak mem-basah. Bagi seorang saintis, tekanan rerambut biasanya dinyatakan sebagai tekanan dalam fasa tak membasah tolak tekanan dalam fasa membasah. Tekanan rerambut dalam sistem air-minyak ialah tekanan dalam fasa minyak (Po) tolak tekanan dalam fasa air (Pw), iaitu Pc = Po Pw. Dalam sistem gas-air pula, tekanan rerambut ialah tekanan dalam fasa gas (Pg) tolak tekanan dalam fasa air, iaitu Pc = Pg Pw. Unit yang biasa digunakan bagi tekanan rerambut ialah mN/m2. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
NITROGEN | Nitrogen ialah unsur kimia yang wujud dalam alam semula jadi terutamanya sebagai gas. Simbolnya ialah N. Nitrogen dalam udara adalah kira-kira 78 peratus mengikut isi padu. Daniel Rutherford, doktor Scotland, menemui nitrogen pada tahun 1772. | UMUM | |
PHILIPPI | Philippi ialah bandar yang pernah wujud di Macedonia . Bandar ini terletak kira-kira 13 kilometer dari pantai Aegean, berhampiran bandar Kavalla , di Greece sekarang. | UMUM | |
TAMADUN | Tamadun ialah satu cara hidup yang wujud selepas manusia memulai kehidupan di bandar atau dalam masyarakat yang diuruskan sebagai negeri. Perkataan Inggeris civilization (tamadun) berasal daripada perkataan Latin civis , yang bermaksud penduduk sesebuah bandar . | UMUM | |
BENDA ASING GAS | Semua komponan bukan hidrokarbon yang wujud dalam gas asli yang baru dikeluarkan dari telaga minyak. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
BAHASA MELAYU KUNO | BAHASA MELAYU KUNO, bahasa yang wujud pada zaman kedua sejarah perkembangan bahasa Melayu. Zaman pertama dinamai bahasa Melayu purba yang wujud pada zaman prasejarah. | BAHASA | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| wujud (kata kerja,) | Bahasa Asal :Arab | Bersinonim dengan ada, sedia ada, hadir, boleh didapati, boleh diperolehi, boleh dipegang, boleh dilihat, nyata, benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya;, | | Kata Terbitan : berwujud, terwujud, kewujudan, |
|
Peribahasa |
---|
| 428 Nothing is impossible to a willing heart Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle. Perkataan 'tidak boleh' tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|