Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
HADIAH SASTERA TUNAS CIPTA | Hadiah Sastera Tunas Cipta (HSTC), hadiah dwitahunan yang diberikan kepada penulis yang berumur 16 hingga 25 tahun yang karya bermutu mereka tersiar dalam majalah Tunas Cipta. | SASTERA | Anugerah/Hadiah |
MEMANGKAS | Memangkas ialah memotong untuk membuang bahagian-bahagian tumbuhan seperti dahan, pucuk, tunas atau akar. Memangkas membantu tumbuhan pulih daripada kejutan kerana dipindahkan. Ia mengawal bentuk dan kecantikan tumbuhan hiasan. Memangkas juga membantu memperbaik kuantiti dan kualiti buah. | UMUM | |
ANGOPHORAS | Angophoras ialah pokok Australia yang berkaitan rapat dengan eucalypt. Tidak seperti eucalypt, angophora tidak mempunyai operkulum (tutup tunas). | UMUM | |
YURA HALIM | YURA HALIM (1923- ), penulis Negara Brunei Darussalam. Dia lahir pada 2 Mei 1923 di Kampung Kandang, Tutong, Brunei Darussalam. Nama sebenarnya ialah Pengiran Setia Negara Pengiran Haji Mohd. Yusof bin Pengiran Haji Abdul Rahim. Dia juga pernah menggunakan nama samaran Tunas Negara. | SASTERA | Tokoh |
TIKAMAN BAHASA | TIKAMAN BAHASA, buku yang disusun oleh Muhammad Adnan bin Muhammad Arifin. Tikaman Bahasa juga dikenal sebagai Kitab Tikaman Bahasa. Menurut penyusunnya, ia mengandungi segala bidalan, perumpamaan Melayu dan perkataan-perkataan pendeta. Buku ini siap disusun dan dikumpul pada bulan Januari 1933. cetakan pertama diterbitkan pada tahun 1934 oleh al-Matbaah al-Hikmah, Kota Bharu, Kelantan. Cetakan kedua diterbitkan pada tahun 1953 oleh penerbit yang sama dengan beberapa tambahan baru sehingga jumlah bidalannya menjadi 2211 dan 200 perkataan terpilih. Dengan ini, himpunan bidalan yang ada dalam buku ini jauh lebih banyak dan lebih tunas daripada Kitab Kiliran Budi yang disusun oleg W.G. Shellabear dan Munsyi Sulaiman Mohd. Nor pada awal abad ke-20 yang jumlahnya tidak sampai 1500 bidalan. Tikaman Bahasa cetakan pertama 363 halaman tidak termasuk halaman pengenalan. Pada tahun 1992, buku ini dicetak semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dalam Siri Koleksi Warisan, menggunakan tulisan Rumi dan mengandungi 259 halaman tidak termasuk halaman pengenalan. | BAHASA | Penerbitan |
|
Tesaurus |
---|
| tunas (kata nama) | Bersinonim dengan pucuk, taruk, kecambah, sulur, mata, putih, kudup, bakal cabang, semi;, | | Kata Terbitan : bertunas, |
|
|