Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ORYX | Oryx ialah nama tiga spesies antelop yang hidup di kawasan gurun. Kesemuanya mempunyai bulu berwarna cerah yang berbaur dengan latar persekitarannya. Tompok-tompok gelap jelas kelihatan pada mukanya. Oryx tingginya sehingga satu meter pada paras bahu. | UMUM | |
TOMPOK MATAHARI | Fenomena | FIZIK | Fenomena |
KUCING HARIMAU | Kucing harimau atau quoll ekor bertompok-tompok ialah marsupial yang memakan daging, yang hidup di timur Australia dan Tasmania. | UMUM | |
DALMATIAN | Dalmatian ialah anjing bersaiz sederhana. Anjing ini berwarna putih bertompok-tompok hitam atau merah hati. | UMUM | |
ANGSA HITAM | Angsa hitam ialah sejenis burung air yang berwarna hitam, kecuali tompok putih di atas kepaknya, sementara paruh dan matanya berwarna merah. | UMUM | |
REDSHANK | Redshank ialah burung randuk di Eropah dan utara Asia. Pada musim pembiakan, kedua-dua jantina burung ini mempunyai tompok putih yang ketara pada sayapnya, bulu ekor yang berjalur putih dan hitam, serta paruh dan kaki yang berwarna jingga merah terang. | UMUM | |
KINGLET | Kinglet ialah burung kecil berwarna hijau buah zaitun dan berjambul (tompok) berwarna terang di atas kepalanya. Dua jenis kinglet, satu berjambul keemasan dan satu lagi berjambul merah delima, hidup di Amerika utara. Burung ini panjangnya lebih kurang 10 sentimeter. Ia terbang pantas untuk mencari serangga. | UMUM | |
THRUSH | Thrush ialah nama sekumpulan burung nyanyi yang terdapat di seluruh dunia. Banyak thrush adalah burung biasa, berwarna perang dan bahagian bawahnya bertompok-tompok pucat. Kebanyakannya bersaiz kecil atau sederhana antara 10 sentimeter dengan 35 sentimeter panjangnya. Robin, wheateater burung hitam , dan nightingale kesemuanya tergolong dalam kumpulan thrush. | UMUM | |
TAYRA | Tayra ialah anggota yang besar dalam famili wesel . Ia hidup di hutan tropika dari Mexico hingga ke Argentina. Kebanyakan tayra berbulu hitam atau perang tua dengan tompok putih atau kuning di dadanya. Bulu di kepalanya beransur-ansur berubah menjadi perang atau kelabu apabila haiwan ini semakin tua. Tayra dewasa beratnya lebih kurang lima kilogram dan panjangnya lebih kurang 105 sentimeter, termasuk ekornya sepanjang lebih kurang 40 sentimeter. | UMUM | |
LILI HARIMAU | Lili harimau ialah bunga taman yang tinggi yang pada asalnya tumbuh di timur Asia. Ia mendapat namanya kerana bunganya berwarna jingga kemerahan dengan bertompok-tompok hitam. Penduduk di China, Jepun dan Korea menggunakan bebawang lili harimau sebagai makanan. | UMUM | |
|
|