Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TIDUR | Tidur ialah keadaan rehat dan tidak sedar terhadap apa-apa yang berlaku di sekeliling dalam tempoh tertentu. Tidur tidak sama dengan koma kerana orang yang tidur mudah terjaga. Manusia atau haiwan yang sedang tidur boleh terjaga dengan cepat, misalnya, akibat bunyi bising atau cahaya lampu yang terang. Semua manusia dan beberapa jenis haiwan mesti mempunyai jumlah tidur yang cukup dalam sehari pada sela masa yang tetap. Apa yang berlaku semasa tidur. Apabila seseorang itu tidur, semua aktiviti menurun dan otot berehat. Denyutan jantung dan kadar pernafasan menjadi perlahan. Orang itu, perlahan-lahan menjadi tidak sedar terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya. | UMUM | |
NARKOLEPSI | Narkolepsi adalah sejenis penyakit yang menyebabkan penghidapnya tidur berlebihan. Orang yang menghidap narkolepsi mudah tidur beberapa kali di siang hari, walaupun mereka cukup tidur pada waktu malam. Penyakit ini tidak diketahui sebabnya. Tetapi bukti menunjukkan ia berpunca daripada keturunan. Doktor boleh melegakan masalah ini dengan memberi ubat, tetapi penyakit narkolepsi tidak dapat disembuhkan. | UMUM | |
MIMPI BURUK | Mimpi buruk ialah mimpi yang menakutkan atau pengalaman seperti mimpi yang membangunkan orang yang tidur. Selepas terjaga daripada kebanyakan mimpi buruk, seorang itu boleh mengingati semula mimpi yang menyebabkan ketakutan. Jenis peristiwa tidur lain yang menakutkan disebut keganasan malam, berlaku tanpa mimpi sebenar. Orang yang tidur akan terjaga dalam keadaan takut pada awal malam, sering kali dengan perasaan tekanan di dada. Ketakutan malam berlaku pada permulaan semasa tidur. Mimpi buruk yang sebenar berlaku kemudian, semasa tidur bermimpi (lihat Tidur [Apa yang berlaku semasa tidur]). | UMUM | |
MIMPI | Mimpi ialah satu cerita yang ditonton oleh seseorang semasa tidur, atau cerita yang menjelma semasa tidur. Peristiwa dalam mimpi merupakan khayalan tetapi biasanya ada hubungan dengan peristiwa sebenar pemimpi. Khayalan itu seolah-olah benar pada orang yang bermimpi semasa perkara itu berlaku. Sesetengah mimpi menyeronokkan, ada juga meresahkan dan menyeramkan (lihat Mimpi buruk). | UMUM | |
MORPHEUS | Morpheus ialah dewa mimpi dalam mitologi Yunani. Dia ialah salah seorang anak lelaki Hypnos, dewa tidur. Dia menjelma sebagai manusia dan menunjukkan dirinya kepada manusia di dalam tidur mereka. Jika seseorang itu berada di dalam pelukan Morpheus, bermakna dia sedang tidur. Dadah morfin diberi nama sempena namanya. | UMUM | |
DENGKUR | Dengkur ialah bunyi garau dan terputus-putus semasa tidur. Hampir setiap orang pernah berdengkur sekali-sekala. Namun orang lelaki lebih kerap berdengkur berbanding dengan wanita dan kanak-kanak. Biasanya dengkur berlaku apabila orang yang tidur bernafas melalui mulut. | UMUM | |
KATIL | Katil ialah barang perabot yang digunakan untuk tidur atau berehat. Sepanjang sejarah, katil-katil terdiri daripada jenis yang mudah dengan tilam berisi jerami hinggalah kepada katil daripada jenis perabot yang beradun dengan rangka yang menarik dan dihiasi pula dengan fabrik yang mahal lagi mewah. | UMUM | |
NATRIUM TIOPENTON | Natrium tiopenton ialah barbiturat yang digunakan untuk menyebabkan tidur semasa pembedahan. Ia adalah anestetik am iaitu, ubat yang menyebabkan tidak sedar dan hilang rasa pada keseluruhan badan. | UMUM | |
ADAT PERKAHWINAN TEMIAR | ADAT PERKAHWINAN TEMIAR, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Temiar di Semenanjung Malaysia. Masyarakat Temiar tidak mempunyai istilah khusus untuk merujuk kepada perkahwinan kecuali perkataan seklog yang bermaksud tidur atau tidur bersama. Masyarakat Temiar tidak membenarkan perkahwinan antara ahli keluarga dan saudara sedarah. Perkahwinan antara ahli keluarga yang rapat seperti sepupu juga tidak digalakkan. Secara umumnya masyarakat Temiar mengutamakan perkahwinan monogami, tetapi poligami khususnya poligini masih diterima oleh masyarakat ini. Perkahwinan secara endogami juga banyak berlaku berbanding dengan eksogami. Dari segi umur, orang lelaki biasanya berumur 16 tahun manakala orang perempuan lebih muda daripada itu. Selepas berkahwin, pasangan suami isteri biasanya akan membentuk keluarga asas sendiri. | BUDAYA | Konsep |
MALAIKAT | Malaikat ialah makhluk yang dijadikan daripada cahaya, tidak makan, tidak minum, tidak tidur dan tidak berkahwin, tidak menderhakai perintah Allah SWT bahkan menjalankan semua perintah-Nya dan segala kerja yang ditugaskan oleh Allah kepada mereka. Beriman kepada para malaikat merupakan rukun iman yang kedua. Tidak sah iman seseorang kecuali dia beriman kepada malaikat. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| tidur (kata kerja) | Bersinonim dengan beradu, membuta, mereluh, menereluh, beroloh, mengadar, bobok, berdengkur, belayar ke pulau kapuk;, | | Kata Terbitan : meniduri, menidurkan, tertidur, setiduran, kesetiduran, berseketiduran, penidur, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau ada padi gugur, Bolehlah kita tampi-tampi; Kasih terlupa antara tidur, Dalam tidur kita bermimpi.
Lihat selanjutnya... |
|