Munawiy, Muhammad al- (952 H.1031 H./ 1554 M.1622 M.), pakar bahasa yang mahir dalam pelbagai bidang ilmu. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Abd al-Rauf Taj al-Arifin. Dia banyak melakukan kajian dan penulisan sehingga jatuh sakit dan tidak berdaya. Anaknya, Taj al-Din Muhammad menyambung tugasnya dengan menulis hasil karyanya. Al-Munawiy menetap di Kaherah dan meninggal dunia di sana. Dia berjaya menghasilkan kira-kira 80 buah buku. Antaranya ialah Kunuz al-Haqaiq, Fayd al-Qadir, Sharh al-Jami al-Saghir, Mukhtasar al-Taysir, Sharh Shamail al- Tarmidhiy, Sirah Umar ibn Abd al-Aziz, Sharh Alfiyyah al-Iraqiy, Sharh al-Qamus al-Muhit dan lain-lain lagi. |