Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ANGOPHORAS | Angophoras ialah pokok Australia yang berkaitan rapat dengan eucalypt. Tidak seperti eucalypt, angophora tidak mempunyai operkulum (tutup tunas). | UMUM | |
ORDER | Order ialah unit pengelasan saintifik. Organisma dibahagikan kepada tujuh kumpulan utama yang dinamakan alam, filum, kelas, order, famili, genus, dan spesies. Anggota sesuatu order berkaitan lebih rapat daripada anggota sesuatu kelas. Bagaimanapun, anggota order tidak berkaitan terlalu rapat sebagaimana anggota famili. Lihat juga Pengelasan saintifik ( jadual). | UMUM | |
DOLFIN | Dolfin ialah nama sekumpulan haiwan laut yang berkaitan rapat dengan paus dan ikan lumba-lumba. Seperti paus dan ikan lumba-lumba, dolfin ialah mamalia dan bukannya ikan. Tidak seperti ikan, mamalia menyusukan anaknya dengan susu yang dihasilkan oleh badan ibu. Tidak seperti ikan juga, dolfin mempunyai paru-paru, dan berdarah panas iaitu suhu badannya sentiasa sama tanpa mengira suhu di persekitarannya. Ramai ahli sains percaya bahawa dolfin adalah antara haiwan yang cerdik, di samping cimpanze dan anjing. | UMUM | |
DOGBANE | Dogbane ialah nama 11 tumbuhan yang berkaitan rapat. Ia tumbuh di zon beriklim sederhana di utara kebanyakannya di Amerika Syarikat dan Kanada. Kesemua dogbane ialah tumbuhan hijau beracun yang mengandungi jus putih yang pahit. Tetapi ia tidak membahayakan kerana kebanyakan haiwan meragut tidak suka jusnya yang pahit dan tidak mahu memakannya lagi. | UMUM | |
KEMPUNAN | KEMPUNAN, perasaan kesal seseorang akibat hajatnya yang tidak tertunai. Orang Melayu percaya bahawa mata orang yang mati kempunan lazimnya tidak pejam atau tidak tertutup rapat. | BUDAYA | Konsep |
MAMBA | Mamba ialah nama tiga spesies ular yang sangat berbisa, yang terdapat di bahagian tengah dan
selatan Afrika. Mamba berkait rapat dengan ular tedung, tetapi tidak mempunyai hud sebagaimana
ular tedung (lihat Ular tedung). | UMUM | |
POSUM | Posum ialah mamalia berbulu yang hidup di atas pokok di Australia, New Guinea dan pulau-pulau yang berhampiran. Posum adalah marsupial , iaitu haiwan betina melahirkan anak yang benar-benar tidak matang, yang melengkapkan pembesarannya semasa melekap pada puting ibunya. Seperti kebanyakan marsupial, anak posum membesar semasa dikendong ke sana sini dalam kantung pada abdomen ibunya. Posum dan oposum adalah marsupial, tetapi ia tidak berkaitan rapat. Posum berserta cuscus membentuk sekumpulan mamalia yang dikenali sebagai phalanger (lihat Cuscus ). | UMUM | |
MAJLIS EROPAH | Majlis Eropah ialah sebuah organisasi yang terdiri daripada sembilan negara. Majlis ini berusaha menggalakkan kesatuan yang lebih rapat antara negara-negara anggotanya bagi mencapai kemajuan ekonomi dan sosial. Organisasi ini sebenarnya tidak mempunyai sebarang kuasa sebenar dan hanya bertindak sebagai penasihat. Ia lebih berperanan untuk mempereratkan kerjasama dalam bidang politik, sosial, budaya dan hal-hal yang berkait dengan undang-undang. | UMUM | |
TAMARIN | Tamarin ialah sejenis monyet kecil yang tinggal di hutan hujan tropika di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Tamarin berkaitan rapat dengan marmoset, tetapi ia lebih besar sedikit (lihat Marmoset ). Tamarin membesar sehingga kira-kira 30 sentimeter panjangnya, tidak termasuk ekornya, yang mungkin sehingga 45 sentimeter panjangnya. Beratnya sehingga 1 kilogram. | UMUM | |
SIMBIOSIS | Simbiosis bermakna hidup bersama. Mana-mana dua spesies organisma yang berbeza hidup bersama dalam hubungan yang rapat dinamakan simbiotik. Dalam hubungan simbiotik, satu pihak selalu mendapat faedah daripada hubungan ini. Pihak satu lagi juga mungkin mendapat faedah, atau ia mungkin tercedera, atau tidak terjejas daripada hubungan ini. Terdapat tiga bentuk simbiosis, iaitu parasitisme, komensalisme, dan mutualisme. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Sungguh rapat belimbing berbuah, Dipetik budak waktu pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi.
Lihat selanjutnya... |
|