Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TELL, WILLIAM | Tell, William ialah wira legenda Switzerland. Dia mewakili semangat gerakan kemerdekaan Switzerland dari Habsburgs Austria pada tahun 1300-an. Mengikut legenda, Tell ialah pemanah yang paling mahir di seluruh canton (negeri) Uri. Seorang bailif Austria bernama Gessler mengarahkan semua rakyat Switzerland memanah topi yang diletakkannya di atas tiang di dataran utama Altdorf. Tell yang tidak mahu memanahnya kemudiannya ditangkap. Gessler berjanji akan membebaskannya jika dia dapat memanah buah epal yang diletakkan di atas kepala anaknya. Tell memanah epal tersebut dan berkata andainya anaknya tercedera, dia pasti membunuh Gessler. Gessler mengarahkan Tell ditangkap dan dirantai. | UMUM | |
DOGBANE | Dogbane ialah nama 11 tumbuhan yang berkaitan rapat. Ia tumbuh di zon beriklim sederhana di utara kebanyakannya di Amerika Syarikat dan Kanada. Kesemua dogbane ialah tumbuhan hijau beracun yang mengandungi jus putih yang pahit. Tetapi ia tidak membahayakan kerana kebanyakan haiwan meragut tidak suka jusnya yang pahit dan tidak mahu memakannya lagi. | UMUM | |
PERANG KARBALA | Perang Karbala berlaku pada 10 Muharam 61 H. bersamaan dengan bulan Oktober 680 M. Peperangan ini berlaku antara tentera gabenor Kufah dari pihak kerajaan Bani Umaiyyah dengan Husayn ibn Ali ibn Abu Talib bersama-sama golongan yang menyokongnya dan kaum keluarganya berhampiran bandar Kufah, Iraq. Antara sebab berlakunya peperangan ini adalah kerana Husayn ibn Ali menolak pelantikan Yazid ibn Muawiyah sebagai khalifah dan bersetuju datang ke Iraq untuk melaksanakan tuntutan pengikutnya di sana. Al-Husayn ibn Ali datang ke Iraq bersama-sama dengan 80 orang ahli keluarga dan penyokong setianya untuk bertemu dengan tentera Ubaydullah ibn Ziyad, gabenor Yazid di Kufah. Yazid tidak mahu menerima kedatangan al- Husayn ibn Ali melainkan untuk berperang. Oleh itu, berlakulah pertempuran yang menyebabkan al-Husayn syahid bersama-sama dengan pengikutnya kecuali seorang perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Zayn al- Abidin ibn al-Husayn. | UMUM | |
SULTAN ABDUL KADIR KAMARUDDIN | SULTAN ABDUL KADIR KAMARUDDIN ( ? 1933), Raja Patani (1898 1902). Baginda menggantikan ayahandanya, Sultan Sulaiman Sarifuddin yang mangkat pada tahun 1898. Setelah sebulan dilantik sebagai Raja Patani, Sultan Abdul Kadir ke Bangkok untuk mendapat pengiktirafan daripada Raja Chulalongkorn, Raja Siam, tetapi gagal. Sultan Abdul Kadir berangkat ke Singapura untuk menemui Gabenor Negeri-negeri Selat dan Pesuruhjaya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham, bagi mendapat sokongan British untuk membebaskan Patani dari Siam. Usaha baginda gagal kerana British tidak mahu memburukkan hubungan antara kerajaan British dengan kerajaan Siam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ABU HAYYAN AL-TAWHIDIY | Abu Hayyan al-Tawhidiy (310 H. 414 H./922 M. 1023 M.), salah seorang sasterawan dan pemikir yang paling terkenal pada abad ke-4 H. Nama penuhnya ialah Ali ibn Muhammad ibn Abbas. Yaqut al-Hamawiy menyifatkannya sebagai ahli falsafah dan sasterawan. Namun demikian, dia diabaikan dan seolah-olah tidak dikenali oleh ahli sejarah zamannya. Sikap tidak mahu mengenalinya ini berterusan sehingga Yaqut menulis mujam atau ensiklopedianya yang masyhur itu. Dalam mujam tersebut Yaqut menceritakan tentang Abu Hayyan al- Tawhidiy, dan menyatakan tentang kehairanannya tentang sebab orang yang terdahulu tidak mengendahkan seorang tokoh penulis yang begitu penting seperti Abu Hayyan al-Tawhidiy. Yaqut menulis tentang Abu Hayyan al-Tawhidiy berdasarkan bahan-bahan yang ditulis oleh Abu Hayyan al-Tawhidiy sendiri tentang dirinya sebagaimana yang tercatat dalam karya-karyanya. | UMUM | |
PEMBUNUHAN AMBON | PEMBUNUHAN AMBON, pembunuhan yang berlaku akibat perselisihan antara orang Belanda dan Inggeris di ambon. Hingga tahun 1619, ibu pejabat Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) terletak di Ambon, timur Indonesia. Selepas itu VOC memindahkan ibu pejabatnya ke Betawi, tetap Belanda terus mengekalkan pangkalannya, Fort Victoria, di Ambon. Belanda mahu memastikan monopoli terhadap perdagangan rempah. Pegawai VOC di Betawi tidak mahu Syarikat Hindia timur Inggeris membina posnya di Ambon kerana bimbang kehadiran Inggeris boleh mencabar kedudukan Belanda. Walau bagaimanapun, pada tahun 1619, melalui persetujuan antara Belanda dengan Inggeris, Inggeris dibenarkan membina pos di Ambon dan berkongsi 1/3 daripada perdagangan rempah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
DEGAS, EDGAR | Degas, Edgar (18341917) ialah pelukis impresionis Perancis. Seperti pelukis impresionis yang lain, dia mahu menggambarkan keadaan kehidupan moden. Walau bagaimanapun, dia tidak berkongsi kecenderungan dengan rakan impresionisnya dalam hal warna dan cahaya. | UMUM | |
PETAPA | Petapa adalah seseorang yang tinggal bersendirian, jauh dari hubungan sosial dengan orang lain. Lelaki dan wanita menjadi petapa atas pelbagai sebab. Mereka mahu menjauhkan diri dari kejahatan atau godaan yang wujud dalam masyarakat. Mereka percaya dapat menyucikan diri mereka dengan cara tinggal bersendirian. Atau mereka mungkin sekadar tidak ingin melakukan sebarang perkara dengan manusia lain. | UMUM | |
MONTFORT, SIMON DE | Montfort, Simon de (1208?1265), negarawan dan askar Inggeris, yang memberi sumbangan kepada perkembangan kerajaan berparlimen di England. Dia dikenal sebagai Bapa Dewan Rakyat. Tetapi usahanya lebih kepada memperkukuh sistem Parlimen yang sudah sedia ada. Montfort ialah kesayangan Raja Henry III, tetapi tidak kekal kerana kesungguhannya untuk melaksanakan pembaharuan politik. Henry III mahu memerintah ikut sesuka hatinya, dan ini menyebabkan Montfort mengetuai satu pemberontakan untuk mengehadkan kuasa raja mengikut undang-undang. Henry dan anaknya (kemudian Edward I) mengangkat senjata untuk menentang, tetapi Montfort menangkap kedua-duanya di pertempuran Lewes pada tahun 1264. | UMUM | |
SAINT-SIMON, COMTE DE | Saint-Simon, Comte de (17601825) ialah pengasas sosialisme Perancis. Cita-citanya ialah menjadikan kemanusiaan yang lebih baik. Dia berhasrat melahirkan sebuah masyarakat baru yang semua orang bekerja dan akan menerima ganjaran setimpal dengan tenaganya. Tiada siapa dibenarkan mewarisi kekayaan dan semua individu akan memulakan kehidupannya atas dasar sama rata. Saint-Simon mahu menyandarkan teori sosialnya itu pada bukti saintifik, tetapi kesimpulan yang dibuatnya tidak sistematik. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Kalau bergelang jangan patah, Kalau patah dalam perahu; Hati adik tidak berbelah, Orang tidak mahu manalah tahu.
Lihat selanjutnya... |
|