Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
RABUN DEKAT | Rabun dekat ialah kecacatan pada penglihatan yang menyebabkan seseorang dapat melihat objek yang jauh dengan jelas, tetapi tidak dapat melihat objek yang dekat dengan jelas. Para doktor memanggil keadaan ini sebagai hiperopia . Dalam kebanyakan kes rabun dekat, mata seseorang itu terlampau pendek dari depan ke belakang. Akibatnya, sinaran cahaya dari suatu objek sampai ke retina terlebih dahulu sebelum sampai ke fokus. | UMUM | |
TELEFON KUASA-BUNYI | Telefon kuasa-bunyi ialah peranti komunikasi yang beroperasi hanya dengan kuasa bunyi yang bergerak melaluinya. Telefon dan kebanyakan sistem telekomunikasi yang lain beroperasi dengan kuasa elektrik yang dibekalkan oleh bateri atau talian elektrik. Walau bagaimanapun, telefon kuasa-bunyi tidak mempunyai sumber kuasa luar selain yang dibekalkan oleh gelombang bunyi. Telefon kuasa-bunyi hanya dapat beroperasi pada jarak dekat, biasanya tidak melebihi 25 kilometer. Oleh sebab tiada penguat digunakan, penutur mesti bercakap dekat dengan telefon dan dengan suara yang kuat. Walau bagaimanapun, telefon kuasa-bunyi mempunyai kebaikan dari segi daya tahan, boleh diharap, dan menjimatkan. | UMUM | |
ASTIGMATISME | Astigmatisme ialah suatu kecacatan visual. Kecacatan ini menyebabkan benda yang dekat serta benda yang jauh kelihatan kabur. Kecacatan ini biasanya terdapat pada kedua-dua belah mata. Dalam kebanyakan hal, astigmatisme disebabkan lengkungan kornea , iaitu bahagian lut sinar mata, yang tidak normal. | UMUM | |
NEPTUN | Neptun ialah salah sebuah daripada dua buah planet yang tidak boleh dilihat tanpa menggunakan teleskop. Neptun terletak kira-kira 30 kali ganda jauh dari matahari berbanding dengan bumi ke matahari. Pluto ialah satu-satunya planet yang terletak lebih jauh dari matahari. Tetapi pada setiap 248 tahun, Pluto beredar ke dalam orbit Neptun untuk jangka masa selama 20 tahun, dan ketika itu ia terletak lebih dekat dengan matahari berbanding Neptun. Pluto merentasi orbit Neptun pada 23 Januari 1979 dan akan berada di situ sehingga 15 Mac 1999. | UMUM | |
ACONCAGUA | Aconcagua ialah gunung berapi mati dan gunung yang paling tinggi di Hemisfera Barat. Tingginya 6959 meter, dan terletak di barat tengah Argentina, dekat Chile. Pada zaman dahulu, Aconcagua mungkin 300 meter lebih tinggi daripada sekarang. Tetapi bahagian atasnya telah runtuh dan tidak ada lagi kesan kawahnya. | UMUM | |
ORRISROOT | Orrisroot ialah rizom (batang bawah tanah) iris tertentu yang dikeringkan dan berbau wangi. Ia digunakan untuk memberikan bau wangi violet kepada minyak wangi. Minyak harum yang diekstrak daripada orrisroot tidak begitu meluas digunakan sebagaimana pada satu masa dahulu, kerana harganya yang tinggi dan adanya pengganti sintetik. Tetapi ia masih digunakan dalam minyak wangi tertentu yang mahal harganya. Orrisroot berasal daripada tiga spesies Iris florentina, Iris germanica, dan Iris pallida. Ketiga-tiga iris ini ditanam dekat Verona dan Florence di Itali; dan Grasse, di Perancis. Rizomnya digali pada musim panas, dan dikeringkan dalam cahaya matahari. Ia mengeluarkan bahan berlilin yang mengandungi minyak yang berbau seperti violet dan digunakan dalam minyak wangi. Lihat juga Iris. | UMUM | |
NYAMUK | Nyamuk ialah serangga yang menyebarkan sesetengah penyakit yang paling teruk kepada manusia dan haiwan. Jenis nyamuk tertentu membawa kuman yang menyebabkan penyakit serius seperti ensefalitis, malaria, filariasis, dan demam kuning. Apabila nyamuk menggigit, ia mungkin meninggalkan kuman. Banyak jenis nyamuk tidak menyebarkan penyakit, tetapi ia mempunyai gigitan yang menyakitkan. Banyak daripada nyamuk yang dikaitkan dengan penyakit hidup di kawasan yang panas, lembap dekat khatulistiwa. Tetapi nyamuk terdapat di semua bahagian di dunia, malah di Artik. | UMUM | |
DAUD BEUREUEH | DAUD BEUREUEH (1899 -1987), ulama dan pemimpin Aceh, Indonesia. Dia lahir di Beureueh, sebuah kampung dekat Sigli, Aceh, Indonesia. Dia menerima pendidikan agama tetapi tidak mahir membaca dan menulis rumi, sehingga pada masa revolusi, dia diejek oleh sebahagian pegawai yang datang dari Jawa sebagai pemimpin yang buta huruf. Pada tahun 1920-an, dia berhubung rapat dengan ulama Aceh yang bermukim di Makkah dan hubungan ini mendorongnya menjadi salah seorang pelopor pembaharuan agama di Aceh. Ketika ulama reformis membentuk Persatuan Ulama Seluruh Aceh (PUSA) pada tahun 1939, dia dipilih sebagai ketua. Melalui organisasi inilah pengaruh politik Daud Beureueh mula berkembang terutama pada masa pendudukan Jepun.
| SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SPIRITUALISME | Spiritualisme ialah kepercayaan bahawa roh orang yang telah mati boleh berhubung dengan orang yang masih hidup. Kepercayaan ini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia. Pergerakan spiritualis moden bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1848. Pada tahun tersebut, dua orang wanita adik-beradik bernama Katherine dan Margaret Fox, dari Hydesville, dekat Rochester, New York, mendengar bunyi ketukan dalam rumah mereka. Mereka tidak dapat mengesan punca yang boleh menyebabkan bunyi ketukan itu. Kedua-dua wanita adik-beradik itu berikhtiar membuat satu kod untuk mentafsirkan bunyi ketukan itu supaya mereka dapat berhubung dengan roh yang dipercayai cuba menghantar isyarat kepada mereka. Peristiwa yang berlaku di Hydesville itu membawa kepada penubuhan beberapa pertubuhan bebas di bawah anjuran gereja dan juga kumpulan falsafah yang lain yang bertujuan untuk mengemukakan idea tentang spiritualisme. | UMUM | |
BAHASA MELAYU POLINESIA | BAHASA MELAYU POLINESIA, salah satu keluarga bahasa yang terbesar di dunia, dari segi jumlah dan juga wilayah sebarannya. Nama lain yang kini luas digunakan untuk keluarga bahasa ini ialah Austronesia (Pulau-pulau Selatan tetapi istilah ini pun tidak begitu tepat, kerana sebahagian bahasa itu dekat dengan Khatulistiwa (di utara), manakala sebahagian yang lain di benua Asia Tenggara). | BAHASA | Konsep |
|
Puisi |
---|
|
Teluk Jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan; Buah hati marilah dekat, Rindu abang tidak tertahan.
Lihat selanjutnya... |
|