Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
DEPOSISI | Deposisi keterangan daripada saksi yang tidak dapat hadir ke mahkamah. Saksi memberi keterangan bukti dengan bersumpah di hadapan pegawai kehakiman. Saksi tidak hadir di mahkamah kerana saksi sebenarnya tidak dapat hadir ataupun kedua-dua belah pihak telah bersetuju saksi tidak perlu hadir di mahkamah. | UMUM | |
TENDON ACHILLES | Tendon Achilles ialah tendon di belakang pergelangan kaki. Ia melekatkan otot betis pada tulang tumit. Jika terluka, seseorang tidak dapat berlari, dan sukar berjalan, dan tidak dapat berjengket. Namanya berasal daripada legenda Yunani tentang Achilles. Lihat juga Achilles; Tendon. | UMUM | |
MASA TUA | Masa tua tidak dapat didefinisikan dengan tepat kerana maknanya tidak sama dalam semua masyarakat. | UMUM | |
SEMBELIT | Sembelit ialah keadaan apabila usus tidak membuang bahan sisa semudah biasa. Orang yang sembelit tidak dapat membuang air besar dengan teratur, dan mungkin berasa sakit atau usus besarnya lemah. Mereka mungkin berasa pening kepala dan sakit tulang belakang. Sembelit boleh disebabkan oleh otot usus yang lemah atau kontraksi otot usus yang kuat tidak tetap. Sembelit juga boleh berlaku apabila seseorang sering mengambil julap atau tidak mengambil jenis makanan tertentu secukupnya, terutama makanan yang mengandungi serat. Sembelit juga boleh menimbulkan sakit yang tisu atau saraf usus, seperti ketumbuhan yang menyekat menjejaskan sebahagian usus kecil. | UMUM | |
KEKEJANGAN | Kekejangan ialah penguncupan satu otot atau lebih, yang menyakitkan dan tidak dapat dikawal. Kekejangan mungkin melibatkan sebarang bahagian otot tubuh. Mungkin hanya satu spasma (penguncupan otot) yang terjadi, tetapi biasanya ia diikuti oleh lebih banyak kekejanganan yang bermula dan berakhir dengan cepat dan mendadak. Spasma yang teruk mungkin berterusan selama beberapa jam, malah berhari-hari jika tidak dirawat. | UMUM | |
TERSEDU | Tersedu ialah pengambilan udara secara mendadak dan tidak dapat dikawal yang disebabkan oleh kekejangan diafragma. Diafragma ialah otot yang besar, kuat, dan berbentuk kubah yang terletak di bawah rongga dada. Ia mengecut dan mengendur untuk membawa udara masuk ke dalam paru-paru dan mengeluarkannya. | UMUM | |
AILANTUS | Ailantus ialah sejenis pokok yang dapat hidup di bandar dan tempat-tempat yang tidak dapat ditumbuhi oleh pokok-pokok lain. Ailantus mempunyai kulit berwarna perang-kelabu yang licin dan mengeluarkan buah berwarna perang kemerah-merahan. Ailantus tumbuh dengan cepat sehingga setinggi 18 meter. Pokok ini berasal dari China, tetapi kini banyak ditanam di negara-negara lain. Lihat juga Pokok (Pokok berdaun lebar dan pokok berdaun jejarum (gambar)). | UMUM | |
MAKANAN | Makanan adalah satu daripada keperluan kita yang paling asas. Kita tidak dapat hidup tanpa makanan. Makanan memberikan kita tenaga untuk segala-gala yang kita lakukan berjalan, bercakap, bekerja, bermain, membaca, berfikir dan bernafas. Makanan juga membekalkan tenaga yang diperlukan oleh saraf, otot, jantung dan kelenjar untuk berfungsi. Di samping itu, makanan membekalkan bahan berkhasiat yang diperlukan oleh badan untuk membina dan membaiki tisu dan untuk mengawal organ dan sistem badan. | UMUM | |
KEBANKRAPAN | Kebankrapan ialah proses undang-undang yang dikenakan ke atas seseorang yang tidak dapat membayar hutang. Aset penghutang, atau bankrap, diagihkan antara pemberi kredit berdasarkan jumlah hutang yang ditanggung oleh penghutang. | UMUM | |
RABUN DEKAT | Rabun dekat ialah kecacatan pada penglihatan yang menyebabkan seseorang dapat melihat objek yang jauh dengan jelas, tetapi tidak dapat melihat objek yang dekat dengan jelas. Para doktor memanggil keadaan ini sebagai hiperopia . Dalam kebanyakan kes rabun dekat, mata seseorang itu terlampau pendek dari depan ke belakang. Akibatnya, sinaran cahaya dari suatu objek sampai ke retina terlebih dahulu sebelum sampai ke fokus. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Jikalau tidak hujan di bukit, Keduduk tidak berbunga lagi; Jikalau tidak dapat bujang berjoget, Saya tidak menari lagi.
Lihat selanjutnya... |
|