Kesusasteraan Amerika tidak boleh diterjemahkan dalam satu takrifan yang ringkas. Kesusasteraan ini mencerminkan banyak tradisi keagamaan, sejarah, dan budaya penduduk Amerika, salah satu daripada negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum di dunia. Ia termasuklah puisi, fiksyen, drama dan jenis karya-karya lain oleh pengarang yang bermastautin di Amerika Syarikat. Selain itu, kesusasteraan ini juga meliputi bahan bukan bertulis seperti kesusasteraan lisan orang asli Amerika serta cerita rakyat dan legenda yang telah diwarisi turun-temurun. Tambahan pula, kesusasteraan Amerika meliputi laporan bertulis tentang Amerika oleh para pendatang dan pelawat dari negara lain, selain karya penulis berketurunan Amerika yang menghabiskan sebahagian atau seluruh hidup mereka di luar negara. |