Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KELUARGA DIRAJA | Keluarga diraja ialah anggota keluarga raja berperlembagaan yang memerintah, iaitu raja, ratu, maharaja, maharani, sultan, amir, atau raja berdaulat yang lain. Keluarga diraja dianggotai oleh seorang raja yang berkuasa dalam sebuah negara, dan juga anggota keluarganya yang terdekat isteri atau suami, anak, cucu, adik-beradik dan ibu bapa. Keluarga diraja tidak semestinya sama dengan keluarga pemerintah sesebuah negara (mereka yang berkuasa ke atas sesebuah kerajaan). Di kebanyakan negara United Kingdom contohnya raja adalah ketua negara tetapi tidak memainkan sebarang peranan dalam pentadbiran kerajaan. Sesetengah keluarga pemerintah yang menguasai kerajaan pula tidak semestinya berdarah raja. Contohnya, keluarga pemerintah negara Kuwait bukanlah berdarah raja. Keluarga sebegini biasanya tidak mempunyai asal usul dari keturunan bangsawan sejak zaman nenek moyang lagi. | UMUM | |
PERTEMPURAN DUNBAR | Pertempuran Dunbar berlaku di Scotland pada tahun 1296 dan 1650 apabila Edward I, Raja England diminta memutuskan hak takhta yang sah ke atas Scotland . Edward I memilih John Balliol, tetapi melayaninya sebagai seorang Vassal yang tidak berkuasa. Balliol menentang Edward dan pada tahun 1296, Edward menyerang Scotland dan mengalahkan Balliol di Dunbar. | UMUM | |
DENG XIAOPING | Deng Xiaoping (19041997), dieja juga sebagai Teng Hsiaoping, tokoh yang berpengaruh di China. Pada teorinya, Setiausaha Agung Parti Komunis China, ialah jawatan yang sangat berkuasa. Namun pemimpin-pemimpin China berunding dengan Deng mengenai semua isu dan keputusan penting yang menjadikannya seorang ketua yang utama. Pengaruhnya telah membolehkannya membawa perubahan utama kepada China. Deng tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan China tetapi masih lagi berpengaruh. | UMUM | |
PERJANJIAN BANGKOK | PERJANJIAN BANGKOK (1909), perjanjian yang ditandatangani oleh pihak British dengan Siam. Perjanjian ini menamatkan kuasa British di negeri-negeri utara Tanah Melayu, iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sejak mula lagi negeri-negeri tersebut menjadi punca pertelingkahan antara London dengan Bangkok kerana kepentingan perdagangan dan strategi British pada masa itu. Siam pula tidak lagi berkuasa penuh ke atas negeri-negeri Melayu tersebut kerana hubungan Siam dengan raja-raja Melayu hanya berasaskan sistem pembayaran ufti. Pengaruh Siam ke atas negeri-negeri Melayu mulai lemah pada abad ke-19. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
SERVETUS, MICHAEL | Servetus, Michael (15111553), doktor dan ahli teologi Sepanyol. Huraiannya tentang peredaran pulmonari dianggap sebagai satu laluan klasik dalam ilmu fisiologi. Dia lahir di Tudela, Sepanyol, dan belajar ilmu perubatan di Paris. Dia menjadi pensyarah di Paris dan kemudian mengamalkan bidang perubatan di beberapa bandar di Perancis. Servetus tidak disukai oleh pihak berkuasa gereja Katolik Roman dan juga Protestan. John Calvin secara khususnya, mengecam Servetus kerana enggan bersetuju dengan doktrin yang telah diterima umum. Servetus akhirnya dibicarakan, dituduh sebagai seorang penyeleweng agama, dan dibakar di sebuah pancang di Champel, Switzerland . | UMUM | |
MERCIA | Mercia ialah salah sebuah negara besar England ketika era Anglo-Saxon. Ia terbentang sehingga ke timur Wales, antara Wessex, di sebelah selatan dan Northumbria di utara. Negara ini mungkin ditubuhkan pada tahun 500-an dan menjadi kerajaan England yang paling berkuasa pada tahun 700-an ketika di bawah pemerintahan Raja Ethelbald dan Raja Offa. Egbert, raja Wessex, menakluki Mercia pada tahun 825. Selepas itu Mercia tidak pernah berjaya memulihkan semula kuasa mereka sebagaimana sebelumnya. Lihat juga Offas Dyke; Shropshire; United Kingdom, Sejarah. | UMUM | |
PULAU NORFOLK | Pulau Norfolk ialah sebuah wilayah Australia di selatan Lautan Pasifik. Ia terletak lebih 1600 kilometer ke timur laut Sydney dan lebih 1000 kilometer ke barat laut Auckland, New Zealand. Wilayah ini terdiri daripada pulau utama Pulau Norfolk dan dua buah pulau kecil yang tidak didiami Pulau Philip dan Pulau Nepean. Ia mempunyai seorang pentadbir yang dilantik oleh gabenor jeneral Australia. Pentadbir ini bertanggungjawab kepada kerajaan Australia melalui Jabatan Wilayah di Canberra. Dewan Undangan Pulau Norfolk berkuasa untuk menggubal undang-undang yang berkaitan dengan pelbagai perkara. Tiada cukai pendapatan di Pulau Norfolk, tetapi terdapat levi kecil bagi menampung kos kerja raya. | UMUM | |
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR | UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR, undang-undang tertinggi yang dibuat dan diluluskan oleh badan berkuasa tertinggi bagi menguruskan hal ehwal negeri Johor dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Ia diakui sebagai undang-undang tertinggi negeri Johor. Bahagian mukadimah Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor ini memperuntukkan bahawa dengan kuasa yang ada, maka diperturunkan undang-undang dan peraturan bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan negeri dan ia hendaklah dipakai berterusan, diwarisi dan tidak boleh dipinda dengan sewenang-wenangnya. Undang-undang ini hendaklah diterima pakai oleh semua anak negeri dan keengganan seseorang untuk mengakuinya atau mematuhinya boleh dianggap sebagai telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
SAKHAROV, ANDREI DMITRIYEVICH | Sakharov, Andrei Dmitriyevich (19211989) ialah ahli fizik Soviet yang menjadi terkemuka kerana penyelidikannya tentang tindak balas termonuklear terkawal. Usahanya membantu ahli sains Soviet mencipta bom hidrogen pada awal tahun 1950-an. Tetapi, Sakharov menjadi terkenal kerana usahanya mempromosi hak asasi manusia dan keamanan dunia. Dia dianugerahi Hadiah Nobel tahun 1975 kerana usaha ini. Mulai akhir tahun 1960-an, Sakharov dan isterinya Yelena Bonner, berkali-kali mengkritik kerajaan Soviet dengan menuduhnya tidak memberikan hak asasi manusia kepada warganegara Soviet. Pada tahun 1980, Sakharov ditangkap oleh pihak berkuasa Soviet dan dibuang negeri ke Gorki (kini Nizhniy Novgorod), iaitu bandar yang tertutup kepada orang asing. Pada tahun 1986, dia dibebaskan dan dibenarkan pulang ke Moscow. Pada tahun 1989, Sakharov dipilih menjadi ahli dewan perundangan Soviet yang baru dibentuk yang dinamakan Kongres Wakil Rakyat. | UMUM | |
SCALAWAG | Scalawag ialah orang kulit putih dari Amerika Selatan yang bekerjasama dengan orang kulit hitam dan orang utara Republikan untuk mengawal politik di Selatan selepas Perang Saudara Amerika. Orang Demokrat di Selatan menyifatkan golongan ini sebagai haiwan berpakaian manusia dan memanggil mereka scalawag , iaitu nama yang biasa digunakan pada lembu yang tidak berguna. Kebanyakan Scalawag terdiri daripada peniaga, dan peladang yang menentang perpisahan (pengunduran) daripada kesatuan sebelum peperangan. Orang Scalawag yang lain, kebanyakannya terdiri daripada keluarga miskin dari kawasan bukit bukau di Selatan. Terdapat orang scalawag yang mendapat keuntungan peribadi tetapi ada yang yakin bahawa pihak Selatan perlu meninggalkan nilai bangsa dan masyarakatnya sebelum perang untuk terus hidup. Orang Scalawag membantu membangunkan semula pelajaran dan masyarakat serta meluluskan undang-undang yang membolehkan golongan kulit hitam mengundi. Pada tahun 1870-an, mereka menghilangkan diri apabila Demokrat berkuasa semula di Selatan. | UMUM | |
|
|