Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Digantung tinggi, dibuang jauh.

Takrif

Tidak berkuasa sedikit jua; lemah sekali.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terikat kaki tangan.

Takrif

Sudah tidak berkuasa lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai parang buruk, tali sabut tiada tergolok.

Takrif

Tidak berkuasa melakukan pekerjaan kerana terlalu lemah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi.

Takrif

Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang-orang pun berleluasalah melakukan sekehendak hati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tiada terempang peluru oleh lalang.

Takrif

Kehendak orang yang berkuasa tidak tertahankan oleh orang yang lemah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ke mana kelok lilin, ke sana kelok loyang.

Takrif

Selalu menurutkan kehendak orang yang berkuasa, tidak dapat mengambil keputusan sendiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Umpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri.

Takrif

Orang lemah dalam kekuasaan orang yang berkuasa, tidak berdaya untuk melawan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Umpama kambing kecil: merentak tidak memutus tali, berantuk tidak melembang bumi.

Takrif

Orang yang tidak dihiraukan kerana tiada berkuasa apa-apa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tergeser kena miangnya, terlanggar kena rabasnya.

Takrif

Orang yang berkuasa dan zalim, tidak dapat orang kecil bersalah sedikit kepadanya. (Bandingkan dengan: Sudu-sudu di tepi jalan [dipanjat kena durinya, disinggung kena rabasnya, ditakik kena getahnya]).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti pasir di tepi pantai, (tatkala) air timpas bolehlah dibahagikan.

Takrif

Tidak boleh membenarkan perbuatan (perkataan) orang-orang yang berkuasa ketika ia sedang marah, tunggulah dulu sampai reda kemarahannya. timpas = air surut yang serendah-rendahnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,