Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ANESTESIA | Anestesia ialah hilang deria rasa terutama rasa sakit, di seluruh badan atau sebahagian badan. Ubat yang dinamakan anestetik digunakan bagi menghasilkan anestesia sementara untuk tujuan perubatan. Anestesia juga dihasilkan melalui hipnosis dan akupunktur cucukan jarum di tempat tertentu pada badan. Sesetengah kecederaan dan penyakit, terutamanya pada sistem saraf, boleh menyebabkan kehilangan deria rasa. | UMUM | |
PNEUMATIK | Pneumatik adalah cabang ilmu fizik yang mengkaji kandungan gas terutama udara. Para jurutera menggunakan pneumatik dalam mereka alatan dan mesin yang menggunakan kandungan gas. Lihat juga Gas (jisim) ; Pam; Perkakas pneumatik. | UMUM | |
KARMA | Karma ialah konsep penting dalam beberapa kepercayaan dari Timur terutama Hinduisme, Buddhisme, dan Jainisme. Penganut agama ini percaya bahawa kewujudan makhluk di dunia adalah satu kitaran kematian dan kelahiran semula yang berterusan. | UMUM | |
NIRVANA | Nirvana ialah istilah yang digunakan dalam setengah-setengah agama orang India, terutama Buddha, untuk memerikan kedamaian dan rahmat yang abadi. Dengan tercapainya nirvana, seseorang itu terlepas daripada kitaran kematian dan kelahiran yang menyakitkan dan berterusan. Kitaran ini berlaku disebabkan oleh keinginan seseorang individu terhadap duniawi seperti gilakan kemasyhuran, keabadian, dan kekayaan. | UMUM | |
MONSUN | Monsun ialah angin bermusim yang bertiup di bahagian utara Lautan Hindi, terutama di Laut Arab serta kebanyakan kawasan daratan di sekelilingnya. Angin monsun bertiup sepanjang masa dari arah barat daya pada bulan April hingga Oktober. Ia bertiup dari arah timur laut pada bulan November hingga Mac. | UMUM | |
NYANYUK | Nyanyuk ialah istilah umum yang digunakan untuk menerangkan masalah mental tertentu yang memberi kesan terutama kepada golongan yang berumur. Istilah nyanyuk sebenarnya merujuk kepada sebilangan besar keadaan dengan sejumlah penyebab yang besar. Kebanyakan pakar yang terlibat dengan masalah golongan berumur ini, mengelakkan daripada menggunakan istilah ini. Tiada satu keadaan yang dikaitkan dengan penggunaan istilah ini tidak dapat dielakkan dalam peningkatan usia, dan ramai yang boleh dibantu dengan rawatan perubatan secara spontan. | UMUM | |
AMADO, JORGE | Amado, Jorge (19122001) ialah penulis novel Brazil. Amado menulis kisah tentang negeri Bahia, terutama tentang pelabuhan Salvador dan kawasan yang berhampiran dengannya. Kebanyakan cerekanya membincangkan masyarakat kelas bawahan Brazil. Dengan gaya penulisannya yang jelas dan realistik, dia menggunakan bahasa penduduk ini untuk menggambarkan keghairahan berjangkit-jangkit mereka terhadap kehidupan. | UMUM | |
TESTOSTERON | Testosteron ialah satu kumpulan hormon yang merangsangkan perkembangan jantina lelaki. Hormon ini dikenali sebagai androgen, dikeluarkan terutama sekali oleh testikel, sepasang kelenjar seks lelaki (lihat Testikel ). Ovari wanita dan kelenjar adrenal dalam kedua-dua jantina juga mengeluarkan sedikit hormon testosteron dan androgen. | UMUM | |
PARETO, VILFREDO | Pareto, Vilfredo (18481923), ahli sosiologi dan ekonomi Itali yang terkenal terutama kerana teorinya tentang tingkah laku politik. | UMUM | |
SWAMMERDAM, JAN | Swammerdam, Jan (16371680) ialah pakar anatomi dan zoologi Belanda. Dia merupakan perintis bidang ilmu anatomi binatang kecil, terutama anatomi serangga. Pemerhatiannya yang teliti tentang cara kehidupan lebah dan maifli merupakan hasil kerja yang klasik. Malahan usahanya mengklasifikasikan serangga menjadi asas pengkajian ilmu entomologi iaitu ilmu kajian serangga. Selain itu, dia adalah antara orang yang mula-mula membuat pemerhatian tentang fisiologi saraf dan otot. | UMUM | |
|
|