Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KADI | KADI, orang yang memutuskan masalah yang berkaitan dengan undang-undang syariah. Walau bagaimanapun, jika dilihat peranannya dalam masyarakat Melayu, ternyata kadi hanya bertindak sebagai hakim di mahkamah syariah dan berperanan sebagai pendaftar perkahwinan dan perceraian bagi orang Islam. | BUDAYA | Jawatan/Gelaran |
NOVELET | NOVELET, satu bentuk cereka prosa atau panjang. Dalam kesusasteraan Melayu mahupun Indonesia istilah novelet ini dikenali juga dengan novela. Bentuk nevelet ini lebih panjang daripada bentuk cerpen tetapi lebih pendek daripada bentuk novel. Pada lazimnya jumlah perkataan yang membentuk sesebuah novelet itu adalah sekitar 20 000 hingga 40 000 perkataan. Dalam hal ini mungkin juga terdapat beberapa buah novelet yang mengandungi kurang daripada 20 000 perkataan, namun masih dapat digolongkan ke dalam bentuk novelet iaitu berdasarkan pengungkapan dan pengolahan watak atau watak-wataknya yang ternyata lebih kompleks berbanding dengan pengungkapan dan pengolahan dalam bentuk cerpen. | SASTERA | Penerbitan |
DARURAT | DARURAT (1948-1960), keadaan tidak aman yang diisytiharkan di Tanah Melayu setelah percubaan komunis menumbangkan pemerintahan British. Undang-undang mengisytiharkan Darurat di Tanah Melayu dibuat oleh kerajaan, iaitu selepas tiga orang Eropah dibunuh di Sungai Siput, Perak pada pertengahan bulan Jun 1948. Pada 18 Jun 1948, Ordinan Darurat telah dikuatkuasakan di Perak dan seterusnya di seluruh negara. Sementara itu, kejadian seperti rusuhan, pembakaran dan pembunuhan, terutamanya di estet, telah berlaku lebih awal. Strategi komunis ternyata telah melumpuhkan ekonomi negara. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
|
Tesaurus |
---|
| nyata (adjektif) | 1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh, Berantonim dengan kabur
2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,
| Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata, |
|
|