Mikroskop ialah alat yang membesarkan objek yang terlampau kecil supaya mudah dilihat. Mikroskop tergolong dalam salah satu alat yang paling penting dalam sains. Contohnya doktor dan ahli biologi, menggunakan mikroskop untuk memeriksa bakteria dan sel darah. Ahli sains dan jurutera bahan menggunakan mikroskop untuk mengkaji struktur hablur di dalam logam dan aloi (campuran logam) dan memeriksa cip komputer serta peranti kecil elektronik lain. Pelajar biologi pula menggunakan mikroskop untuk memerhati dan mempelajari tentang alga, protozoa dan organisma bersel tunggal yang lain. |