Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terlampau panggang jadi hangus.

Takrif

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terlampau dikadang, mentah.

Takrif

Kerana terlalu diperbagus, akhirnya menjadi buruk. kadang (= mengadang) mengeringkan air nasi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terlampau lurus, kurus; terlampau cerdik terkedik.

Takrif

Hendaklah pandai membawa diri dalam pergaulan. kedik = lentuk ke belakang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terlampau duka terurah buntil, terlampau suka terurah rahsia.

Takrif

Hendaklah bersikap sederhana dan hati-hati dalam segala hal (baik waktu duka mahupun waktu suka). urah = bongkar, urai; buntil = kantung daripada kain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gulai terlampau serai maung rasanya.

Takrif

Perbuatan (perkataan) yang berlebih-lebihan akhirnya akan menjadi sia-sia.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terlalu (= terlampau) cepat jadi lambat.

Takrif

Pekerjaan yang tergesa-gesa sering kali tidak selamat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Semut terpijak tidak mati, alu tertarung patah tiga.

Takrif

Perjalanan seorang perempuan yang baik, tidak terlampau lambat dan tidak pula terlampau cepat, tetapi kuat dan tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga.

Takrif

Perjalanan seorang perempuan yang baik, tidak terlampau lambat dan tidak pula terlampau cepat, tetapi kuat dan tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Semut terpijak tidak mati, alu tertarung patah tiga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Agih-agih kungkang.

Takrif

Terlampau murah hati atau suka memberi, hingga menderita kesusahan sendiri. kungkang = kera kecil.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mengejar (= mengejan) tuah, najis keluar.

Takrif

Terlampau mengharap-harapkan kemuliaan, mendapat hina sebaliknya. ejan = teran.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
lampau (adjektif)
Bersinonim dengan lalu, lepas, kuno;,
Kata Terbitan : melampau, melampaui, terlampau, pelampau,

Puisi
 

Harap-harap makan dijerat,
     Ubi dimakan kerbau jantung;
Harap saya terlampau berat,
     Di manakah tempat hamba bergantung.



Lihat selanjutnya...