Amplifier magnet,juga dikenali sebagai reaktor boleh tepu, ialah alat yang digunakan untuk mengawal kuasa elektrik yang besar. Ia digunakan apabila arus elektrik terlalu besar atau keadaan lain terlalu teruk bagi amplifier transistor atau injap. Contohnya, amplifier magnet selalu digunakan untuk mengawal kelajuan motor elektrik yang besar ataupun kecerahan lampu-lampu landasan di lapangan terbang. |