Niépce, Joseph Nicéphore (17651833), ahli sains Perancis, mencipta teknik fotografi yang pertama, heliografi . Niépce mula membuat eksperimen pada tahun 1816. Dia berjaya membuat fotograf kasar terhadap kawasan laman dalam pada tahun 1826. Dia memeka plat logam dengan bitumen dan mendedahkannya selama lapan jam. Plat ini, adalah fotograf yang pertama di dunia, berada dalam Koleksi Gernsheim di University of Texas, di Austin, Texas , Amerika Syarikat (lihat Fotografi [Sejarah; gambar]). Niépce juga menghasilkan plat photogravure daripada kaedah ukiran dan pengeluaran semula fotomekanikal yang pertama. Pada tahun 1829, Niépce menjadi rakan kongsi L.J.M. Daguerre, yang membuat penyelidikan tentang proses daguerreotype berdasarkan teknik heliografi Niépce yang lebih awal (lihat Daguerre, Louis J. M. ). Niépce lahir di Chalon-sur-Saone. |