Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PERALATAN PEMBINAAN | Peralatan pembinaan merupakan jentera yang digunakan untuk membina dan merobohkan jambatan, bangunan, dan struktur-struktur lain. Jentera ini biasanya dapat menjimatkan tenaga kerja, wang, dan masa. Sebuah jentera dapat melakukan kerja yang lebih banyak dalam masa satu jam berbanding seratus orang pekerja yang menggunakan peralatan tangan dalam satu hari. Jentera utama untuk membina bangunan termasuk (1) jentera korek tanah, (2) mesin angkat dan kendali bahan, dan (3) mesin pam. | UMUM | |
STRUKTUR HOMOLOG | Struktur homolog ialah struktur yang mempunyai persamaan yang penting dan terbentuk dengan cara yang sama. Contohnya, kaki sirip anjing laut dan kaki depan anjing mempunyai struktur asas yang sama. Kaki penyu dan sayap burung juga adalah homolog, tetapi kegunaannya berbeza. Organ yang mempunyai kegunaan yang sama tetapi tidak sama strukturnya dikatakan analog. Sayap burung dan sayap serangga adalah struktur analog. | UMUM | |
SITOLOGI | Sitologi ialah kajian tentang struktur dalaman dan organisasi sel. Kajian mikroskop struktur sel dapat memberi penjelasan tentang proses pembahagian sel, dan menjadi asas kepada kajian genetik (lihat Genetik). Kajian ini juga menunjukkan bahawa setiap struktur mempunyai fungsi tersendiri, dan setiap aktiviti sel berkaitan dengan perubahan pada kandungan kimia yang membentuk sel tersebut. Sitokimia ialah kajian tentang aktiviti bahan kimia di dalam sel. Lihat juga Sel. | UMUM | |
MORFOLOGI | Morfologi ialah satu cabang sains yang berkaitan dengan struktur haiwan, tumbuh-tumbuhan dan jirim bukan hidup. Morfologi biasanya melibatkan kajian tentang benda hidup. Ia termasuk bidang seperti sitologi, iaitu kajian tentang struktur sel; histologi, kajian tentang struktur tisu; dan anatomi, kajian tentang struktur keseluruhan organisma. Dalam geologi, morfologi ialah kajian tentang bentuk luar batuan. | UMUM | |
MONUMEN | Monumen ialah struktur, biasanya bangunan atau patung, yang dibina untuk memperingati seseorang atau sesuatu peristiwa. Monumen Kebangsaan ialah tempat bersejarah, saintifik, atau pemandangan menarik yang dirizab oleh kerajaan sebagai harta awam. Ini termasuk struktur seperti istana bersejarah dan ciri-ciri semula jadi seperti ngarai. | UMUM | |
ANATOMI | Anatomi ialah kajian tentang struktur tumbuh- tumbuhan, haiwan, dan manusia. Istilah ini terbit daripada perkataan Yunani yang bermakna membedah, kerana pengetahuan anatomi buat pertama kali diperoleh melalui pembedahan. Badan manusia dan haiwan adalah sangat kompleks sehingga ahli sains membahagikan anatomi kepada banyak cabang. Anatomi kasar ialah kajian struktur haiwan yang boleh dilihat oleh mata kasar. Anatomi mikroskopik, atau histologi, ialah kajian tentang tisu di bawah mikroskop. Anatomi perbandingan membandingkan struktur haiwan yang berbeza-beza. Embriologi ialah kajian tentang perkembangan tumbuh-tumbuhan dan haiwan semasa peringkat terawalnya. | UMUM | |
SUMBER SEISMIK | Program pemetaan struktur geologi dengan menggunakan gelombang seismik yang dihasilkan melalui punca buatan dan mengkaji masa kembara gelombang seismik yang terpantul atau terbias akibat perbezaan inpedans akustik di setiap sempadan antara lapisan batuan di dalam bumi. Masa ketibaan gelombang di permukaan bumi boleh ditukar kepada kedalaman dan ini akan menunjukkan gambaran struktur dan kedudukan lapisan batuan di bawah permukaan bumi. | KEJURUTERAAN | Kaedah |
SAKARIDA | Sakarida ialah karbohidrat satu daripada tiga kelas utama makanan. Lemak dan protein membentuk dua kelas yang lain. Sakarida dikelaskan mengikut struktur kimianya. Monosakarida, yang mempunyai struktur paling ringkas, termasuk glukosa, iaitu gula yang didapati dalam darah. Tidak seperti sakarida lain, monosakarida tidak boleh terurai menjadi karbohidrat yang lebih ringkas apabila dirawat dengan asid cair atau melalui tindakan enzim tertentu. Disakarida , seperti sukrosa (gula meja), terdiri daripada dua molekul monosakarida yang disambungkan dengan satu atom oksigen. Polisakarida, seperti kanji dan selulosa, mungkin terdiri daripada beribu-ribu monosakarida yang bersambung. Untuk rajah molekul sakarida, lihat Karbohidrat. Lihat juga Kanji. | UMUM | |
PERUBAHAN SOSIAL | Perubahan sosial bermaksud sebarang perubahan besar dalam struktur sebuah masyarakat. Perubahan jangka pendek, seperti perubahan dalam kadar pengangguran, tidak akan mengakibatkan perubahan sosial. Begitu juga halnya dengan kegemaran dan minat baru yang sementara, fesyen, dan perubahan sementara dalam perkembangan idea dan tingkah laku tidak dianggap sebagai perubahan sosial. Perlantikan sebuah kerajaan baru juga bukan merupakan satu perubahan sosial. Walau bagaimanapun, menggantikan sebuah kerajaan yang dilantik dengan sebuah kerajaan yang berbentuk kediktatoran akan mengubah struktur kerajaan tersebut, dan dengan ini merupakan satu perubahan sosial. Kebanyakan ahli sosiologi mengiktiraf empat jenis perubahan sosial. | UMUM | |
TANDUK | Tanduk ialah struktur bertulang yang runcing di kepala banyak mamalia. Kebanyakan mamalia bertanduk mempunyai sepasang tanduk. Haiwan seperti lembu, biri-biri, kambing dan antelop mempunyai tanduk sebenar. Rusa mempunyai ketumbuhan bak tanduk yang bukan tanduk sebenar, yang dinamakan tanduk bercabang. | UMUM | |
|
|