Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MERBUK MERATAP | Merbuk meratap ialah burung di Amerika yang mengeluarkan bunyi koo yang sedih. Ia membiak dari selatan Kanada hingga ke Mexico, dan berhijrah ke selatan sejauh Panama pada musim sejuk. Burung ini lebih kurang 30 sentimeter panjangnya. Ia berwarna perang kekelabuan, dan sedikit warna samar di dadanya. Tepi ekornya berwarna putih dan berbintik-bintik hitam. Burung ini terbang laju. | UMUM | |
PLATH, SYLVIA | Plath, Sylvia (19321963) ialah penyair dan penulis fiksyen Amerika. Penulisannya menggambarkan pandangan yang bernas, sindiran yang tajam, dan mencetuskan perasaan sedih. Penulisannya amat bersimpati terhadap penderitaan kaum wanita, golongan muda, artis, orang yang sukar menyesuaikan diri, dan pemberontak. Walaupun dia meninggal dunia pada usia yang muda, dia dianggap sebagai salah seorang penulis Amerika yang paling berpengaruh sejak tahun 1940-an. | UMUM | |
TUK SELAMPIT | TUK SELAMPIT, tukang cerita atau penglipur lara di Kelantan. Di tempat-tempat tertentu ia dikenal juga dengan panggilan raja dera, kerana kebanyakan tuk selampit gemar membawa cerita sedih tentang seorang raja yang didera. Cerita yang disampaikan oleh tuk selampit kadangkala merupakan adunan cerita makyung dan menora. Ada juga cerita yang dipetik daripada main peteri. Malah penceritaan tuk selampit memperlihatkan gaya yang merupakan campuran gaya penyampaian makyung, menora, wayang kulit dan main peteri. Hal ini tidak dapat dielak memandangkan semua seni pentas tradisi ini berasal dari kawasan yang sama dan berkembang. | BUDAYA | Jawatan/Gelaran |
ARIRANG | Arirang ialah lagu rakyat yang melambangkan perasaan orang Korea. Lagu ini dicipta pada tahun 1926, sewaktu pendudukan Jepun di Korea, bagi melahirkan rasa sedih, suka, dan cinta. | KESENIAN | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
AYAT SERU | Ayat seru ialah ayat untuk menyatakan perasaan gembira, sedih, marah, terkejut dan lain-lain. | BAHASA | Konsep |
ZWEIG, STEFAN | Zweig, Stefan (18811942), penulis cerita, biografi, sajak, dan novel psikologi Austria yang terkenal. Ceritanya yang paling terkenal termasuk Amok (1922), Conflicts (1927), dan Beware of Pity (1939). Antara biografi terbaiknya ialah Romain Rolland (1921), Marie Antoinette (1932), dan Erasmus of Rotterdam (1934). Zweig lahir di Vienna. Pihak Nazi memaksa Zweig meninggalkan Austria kerana dia berketurunan Yahudi, dan dari tahun 1934 hingga tahun 1940 dia tinggal di London. Dia dan isterinya membunuh diri di Brazil kerana berasa sedih dengan hal-ehwal dunia. | UMUM | |
MAETERLINCK, MAURICE | Maeterlinck, Maurice (18621949) ialah dramatis, penyair (pemuisi), ahli alamiah, dan ahli falsafah Belgium. Dia dianugerahi Hadiah Nobel tahun 1911 bagi kesusasteraan. Karya sastera Maeterlinck ialah karya simbolik dan falsafah. Dalam cerita-ceritanya, Maeterlinck mencadangkan mencari roh untuk kesempurnaan dan pemahaman karyanya yang paling terkenal, The Blue Bird (1908) merupakan cerita dongeng yang mengisahkan seorang kanak-kanak mencari keseronokan di serata tempat, tetapi akhirnya menemui keseronokan itu di rumahnya sendiri. Drama-drama ringkasnya yang lebih realistik, seperti The Blind dan The Intruder (kedua-duanya pada tahun 1891), merupakan kisah sedih yang menekankan keperluan mencari kasih sayang dan kegembiraan dalam kehidupan sehari-hari. Pelléas dan Mélisande (1893) ialah drama simbolik tentang kekasih unggul yang musnah kerana mencari kesempurnaan. | UMUM | |
KELLER, GOTTFRIED | Keller, Gottfried (18191890) ialah penulis Swizerland yang paling terkenal yang menulis di Jerman sebelum tahun 1900-an. Dia terkenal dengan watak jenakanya dan sikap yang mengambil berat tentang etika baik rakyat. Keller menulis beberapa prosa yang pendek dikenali sebagai novella. Novellanya yang paling terkenal terbit dalam 2 siri, The People of Seldwyla (1856, 1874). Novella ini termasuk cerita jenaka Clothes Make the Man dan kisah tragik Romeo dan Juliet in the Village. Siri-siri lain yang penting termasuk Seven Legends (1872), iaitu versi moden yang lucu dari kisah-kisah agama yang terkenal, kisah sejarah Zurich Novellas (1878), The Epigram (1882) yang merupakan satu koleksi kisah cinta yang sedih; dan kisah kehidupan daerah Swiss, Martin Salander (1886). Keller lahir di Zurich. | UMUM | |
MUSE | Muse ialah sembilan dewi seni dan sains dalam mitologi Yunani dan Rom. Dalam mitologi Yunani, mereka ialah anak perempuan Zeus, raja dewa, dan Mnemosyne, dewi ingatan. Setiap Muse memerintah sesuatu seni atau sains. Calliope ialah Muse puisi epik; Erato, puisi cinta; Euterpe, puisi lirik; Melpomene, tragedi; Thalia, komedi; Clio, sejarah; Urania, astronomi; Polyhymnia, lagu kudus; dan Terpsichore, tarian. Orang Yunani percaya dewi-dewi ini tinggal di atas gunung Olympus dengan ketua mereka, dewa Apollo. Muse ini sama seperti ketua mereka, sentiasa muda dan cantik. Mereka boleh melihat ke masa hadapan, yang tidak ramai dewa lain boleh buat. Mereka juga mempunyai kebolehan menghilangkan rasa sedih dan duka. Muse mempunyai suara yang menyenangkan, merdu dan selalu menyanyi sebagai koir. Penulis dan pelukis awal Yunani memanggil Muse untuk inspirasi sebelum memulakan kerja. Mana-mana satu atau semua Muse ini boleh dipanggil untuk mendapatkan bantuan, walaupun setiap seorang mengawal seni atau sains yang khusus. Dewi-dewi ini memainkan peranan penting dalam mitologi Rom, walaupun Pemujaan Muse oleh orang Rom adalah dipinjam daripada orang Yunani. Orang Rom percaya bahawa Jupiter, raja dewa mereka, adalah bapa Muse. Beberapa perkataan berasal daripada perkataan Yunani, Mousa bermakna Muse. Ia termasuk museum , yang asalnya bermakna kuil Muse; dan music , yang bermakna seni Muse. | UMUM | |
NABI YAKUB A.S. | Nabi Yakub a.s. ialah bapa kepada 12 buah puak. Baginda merupakan sandaran bagi bangsa Bani Israel . Baginda digelar Israel yang bermakna roh Allah dalam bahasa Ibrani. Nabi Yakub a.s. lahir di Kanaan (Palestin). Kemudian, Nabi Yakub a.s. dibesarkan di bawah jagaan bapa baginda, Nabi Ishaq ibn Ibrahim a.s. Ketika dewasa, ibunya menyuruh Nabi Yakub a.s. pergi bermusafir menemui bapa saudara sebelah ibunya di Iraq kerana ibunya takut saudaranya itu berasa marah sekiranya dia tidak menunaikan janjinya dulu. Di sana , Nabi Yakub a.s. mengahwini dua orang anak perempuan pak ciknya. Nabi Yakub a.s. juga diberikan jariah untuk kedua-dua orang isterinya itu. Selepas itu, keempat-empat orang wanita ini telah melahirkan 12 orang anak yang diberi gelaran asbat (puak). Setiap mereka inilah yang menjadi bapa kepada puak-puak Bani Israel. Penglihatan Nabi Yakub a.s. pernah hilang akibat terlalu sedih mengenangkan nasib anaknya, Nabi Yusuf a.s. yang telah disingkir oleh saudara-saudaranya melalui konspirasi jahat mereka. Namun, Allah SWT telah mengembalikan penglihatannya setelah dia menerima baju anaknya, Nabi Yusuf a.s. Nabi Yakub a.s. dapat berjumpa semula dengan anaknya itu selepas lama kehilangannya, serta lama menanggung kesedihan dan penderitaan yang berat. Nabi Yakub a.s. wafat di Mesir setelah 17 tahun duduk bersama anak kesayangannya Nabi Yusuf a.s. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| sedih (kata nama) | Bersinonim dengan sedan, isak, sedu, sedu-sedan, tangis, senggukan, esakan., | | Kata Terbitan : sedih2, bersedih, menyedihkan, penyedih, kesedihan, |
|
Puisi |
---|
|
Ikan putih terenang-renang, Anak sepat dari muara; Sungguh sedih bila dikenang, Sahabat setia buat angkara.
Lihat selanjutnya... |
|