Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
RANTAU PASIFIK | Rantau Pasifik ialah suatu istilah yang digunakan secara umum untuk menggambarkan negara yang bersempadankan Lautan Pasifik. | UMUM | |
KALILAH WA DIMNAH | Kalilah wa Dimnah ialah sebuah sastera lama yang mempengaruhi sastera dunia secara umum. | UMUM | |
SINUS | Sinus ialah rerongga di dalam badan sesuatu makhluk, termasuklah manusia. Apabila digunakan sendirian, kata sinus itu secara umum merujuk kepada ruang yang lompong yang berisi udara yang terletak di bahagian hadapan tengkorak. Tengkorak manusia terdiri daripada empat kumpulan sinus. Doktor kadangkala menamakan keempat-empat kumpulan sinus ini sebagai sinus paranasal, kerana sinus ini bersambung dengan rerongga nasal. Setiap kumpulan sinus ini mendapat namanya daripada tulang-tulang tengkorak yang menempatkan sinus tersebut. | UMUM | |
KAEDAH INDUKTIF | Kaedah induktif ialah proses berfikir iaitu apabila seseorang itu bermula dengan pengalaman tertentu dan kemudiannya membuat kesimpulan secara umum. | UMUM | |
PULLMAN, GEORGE MORTIMER | Pullman, George Mortimer (18311897) ialah pereka cipta dan ahli perniagaan Amerika. Pullman dikenang khususnya berhubung dengan gerabak tidur dalam kereta api yang dipertingkatkan dan digunakan secara umum di Amerika Syarikat. | UMUM | |
KELAS MENENGAH | Kelas menengah ialah sekumpulan orang yang berada di antara kelas atasan dengan kelas bawahan dalam sesebuah masyarakat. Istilah kelas menengah pertama kali digunakan secara umum ketika awal tahun 1800-an di Eropah. Ia merujuk kepada borjuis (kelas peniaga), sekumpulan orang yang berada di antara kaum aristokrat dengan kaum petani. | UMUM | |
ORIENTALISME | Orientalisme ialah satu kajian akademik yang dilakukan oleh pengkaji, secara khusus, ahli kitab iaitu orang Yahudi dan Kristian mengenai Islam dan umat Islam dari pelbagai sudut seperti sejarah, akidah, fiqh, kebudayaan dan tamadun termasuk tamadun timur secara umum. | UMUM | |
PROLOG | Prolog ialah pengenalan bagi lakonan atau tulisan- tulisan lain. Istilah ini berasal daripada dua perkataan Yunani yang bererti sebelum dan perbincangan . Prolog menjelaskan keadaan pada waktu babak pertama lakonan dimulakan atau mungkin menjelaskan sesuatu lakonan secara umum. | UMUM | |
LITOSFERA | Litosfera, lapisan kulit bumi yang secara umum bersifat pepejal atau tegar. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
PUISI TRADISIONAL | PUISI TRADISIONAL, semua bentuk puisi dalam khazanah kesusasteraan Melayu tradisional. Puisi dalam kesusasteraan Melayu dikenal sebagai karangan berangkap dan mempunyai ciri-ciri yang mementingkan nilai-nilai yang indah. Puisi Melayu tradisional adalah hasil peninggalan masyarakat lama, dan abad ke-19 diterima secara umum sempadan pengasingannya. | SASTERA | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| umum | 1. Bersinonim dengan biasa ( sudah lazim, bukan rahsia lagi, tidak asing lagi, ghalibnya, ) (adjektif:)
2. Bersinonim dengan secara keseluruhan ( tidak terbatas, tidak terhad, ) (adjektif:) Berantonim dengan khusus
3. Bersinonim dengan orang awam ( khalayak ramai, orang ramai, orang biasa, orang preman, mahajana, ) (kata nama:)
| Kata Terbitan : seumumnya, mengumumkan, pengumuman, |
|
|