Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SANGKAR | SANGKAR, kumpulan cerpen karya Anwar Ridhwan. Sangkar diterbitkan pada tahun 1986 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Kumpulan cerpen ini pernah memenangi Hadiah Sastera Malaysia tahun 1986/87. Lima buah cerpen dalam Sangkar juga pernah memenangi hadiah yang sama bagi kategori cerpen eceran. Cerpen Dunia Adalah Sebuah Apartment memenanginya pada tahun 1973, cerpen Sesudah Perang memenanginya pada tahun 1971 manakala cerpen Sahabat, Menjadi Tua dan Sasaran memenangi hadiah tersebut pada tahun 1982/1983. Empat belas cerpen disiarkan sebelum tahun 1982, enam buah cerpen disiarkan pada sekitar tahun 1982 1983 dan dua buah cerpen disiarkan pada tahun 1986. | SASTERA | Karya |
MAHMUD JUNUS | MAHMUD JUNUS (? 1982), penulis dan pelopor pembaharuan pendidikan Islam Indonesia. Dia lahir di Batu Sangkar, Sumatera Barat, Indonesia. Bapanya seorang ketua adat, manakala datuknya seorang ulama. Mahmud mendapat pendidikan asas dan pengajian al-Quran sejak kecil lagi. Dia belajar di Madras Schools, sekolah agama yang memakai sistem kelas, yang didirikan oleh Syekh H.M. Thaib Umar, pelopor Kaum Muda. Pada sebelah malam, dia mengikuti pengajian halaqah. Kemudian, Mahmud menggantikan gurunya mengajar agama dan bahasa Arab. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
LIMAPULUH KOTO | LIMAPULUH KOTO, salah satu daerah inti kebudayaan Minangkabau atau disebut juga Luak nan Tigo iaitu Agam di sekitar kota Bukittinggi, Tanah Datar di sekitar kota Batu Sangkar dan Limapuluh Koto di sekitar kota Payahkumbuh. Pada masa pemerintahan Belanda, Luak nan Tigo, termasuk Limapuluh Koto disebut padangsche bovenlanden, iaitu daerah yang berbukit-bukau dan bergunung-ganang. Sebagai daerah inti kebudayaan Minangkabau, penduduk Limapuluh Koto mengamalkan sistem adat Koto Piliang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
|
Tesaurus |
---|
| sangkar (kata nama) | Bersinonim dengan sangkaran, kurungan, sangkak, petarangan, terak, serang, kerangkengan, celung, sangluat, reban, kandang, sendong, pasung;, | | Kata Terbitan : menyangkarkan, |
|
Puisi |
---|
|
Buluh ditutuh dibuat sangkar, Hendak menyangkar burung nuri; Langit runtuh bumi terbakar, Ke mana awak melari diri?
Lihat selanjutnya... |
|