Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PETRARCH | Petrarch (13041374) ialah penyair dan sarjana Itali yang agung. Puisi cintanya tidak ada saingan pengaruh dalam dunia kesusasteraan. Dia juga seorang sarjana yang dihormati sehinggakan pemerintah dan Paus meminta khidmatnya. Petrarch mendahului dalam menemukan kehebatan penulis- penulis klasik dan membantu memulakan pergerakan yang kemudiannya dikenali sebagai humanisme . Penulis Latin seperti Cicero dan Livy mungkin tidak akan dikenali hari ini sekiranya Petrarch tidak menemui tulisan-tulisan mereka yang terpadam dalam perpustakaan di biara-biara. | UMUM | |
TARIF | Tarif ialah cukai yang dikenakan terhadap barangan yang diimport oleh sesebuah negara dari negara yang lain. Banyak negara menggunakan tarif untuk melindungi industri mereka daripada saingan negara luar. Tarif memberikan perlindungan dengan menaikkan harga barangan yang diimport. Dengan itu, tarif menggalakkan syarikat tempatan agar meningkatkan pengeluaran mereka, dan para pengguna terpaksa membayar lebih untuk barangan yang dilindungi ini. | UMUM | |
GAGASAN AWAL KALIMANTAN UTARA | GAGASAN AWAL KALIMANTAN UTARA, cita-cita British untuk menyatukan Sarawak, Sabah, Brunei dan Labuan sebagai sebuah persekutuan. Pada tahun 1887, Lord Brassey, seorang ahli Lembaga Pengarah North Borneo Chartered Company mengemukakan cadangan bertujuan memberi kemudahan kepada pedagang British meluaskan perdagangan mereka di bwah perlindungan kerajaan British, khususnya bagi menghadapi saingan daripada pedagang Belanda dan Amerika. Cadangan itu tidak mendapat sebarang sokongan rasmi kerajaan British. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
MAKASAR | MAKASAR, pelabuhan terkenal pada abad ke-16. Makasar terletak di hujung barat daya Pulau Sulawesi Indonesia. Pada tahun 1525, pelabuhan Makasar dikunjungi oleh Portugis yang berminat dalam perdagangan rempah di Indonesia Timur. Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis, ramai pedagang Melayu khususnya dari Pahang dan Johor, telah belayar untuk berdagang dan mencari suaka di Makasar. Kehadiran para pedagang Melayu ini memungkinkan orang Makasar menguasai perdagangan di beberapa pelabuhan seperti Bantaeng, Bira dan Selayar yang menjadi saingan Makasar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
|
Tesaurus |
---|
| saing2 (kata nama) | Bersinonim dengan banding, imbang, tanding, tolok, gandingan, tara padanan, lawan;, | | Kata Terbitan : sesaing, bersaing, bersaingan, menyaingi, saingan, persaingan, pesaing, |
|
|