Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
RITMA | Ritma ialah ulangan tetap pada rentak, aksen, atau turun naik dalam tarian, muzik, dan bahasa. Perkataan ini berasal daripada perkataan Yunani rhythmos , bermakna pergerakan berukur . | UMUM | |
ARITMIA | Aritmia ialah ritma jantung yang tidak normal. Aritmia biasanya adalah denyut jantung tambahan yang tidak menyebabkan masalah yang serius. Namun, kadangkala ritma jantung boleh menjadi perlahan atau cepat sehingga membahayakan. | UMUM | |
RANGKAP BEBAS | Rangkap bebas ialah gaya puisi yang tidak mengikuti peraturan tradisional mengarang puisi. Dalam penulisan rangkap bebas, penyair mengelakkan unsur-unsur tertentu seperti pola irama atau ritma. Sebaliknya, penyair membezakan panjang sesuatu rangkap, dan menggunakan bilangan suku kata luar biasa dalam rangkap, dan menggunakan tempat berhenti yang ganjil di penghujung setiap rangkap. Mereka juga menggunakan pelat dan ritma yang tidak sama dan skima ritma yang tidak selaras. Tetapi rangkap bebas tidak bebas daripada semua bentuk. Ia tetap menggunakan teknik asas puisi sebagai aliterasi dan ulangan. | UMUM | |
SONETA | Soneta ialah puisi 14 baris yang diiringi corak metis dan ritma tertentu. Namanya dalam bahasa Itali membawa makna lagu kecil. Dalam soneta Itali, oktaf (lapan baris pertama) menyatakan tema atau pengalaman, sementara sestet (enam baris terakhir) memberikan gerak balas atau komen pada tema. Skema rima oktaf ialah abbaabba (baris satu, empat, lima, dan lapan rima; dan baris dua, tiga, enam, dan tujuh rima). Skema rima sestet biasanya cdecde. | UMUM | |
PUISI | Puisi ialah susunan kata-kata mengikut pola bunyi dan makna. Puisi boleh menggabungkan pola ritma bersama imej untuk menghasilkan kesan yang indah atau mendalam. Puisi membentuk idea, pemikiran, dan perasaan dalam cara yang istimewa. | UMUM | |
DRAM BONGO | Dram bongo ialah alat muzik genderang. Dram bongo, sering dikenali sebagai bongo biasanya digunakan sebagai alat ritma dalam muzik Amerika Latin, tetapi ia dimainkan dalam muzik rock dan jaz. | UMUM | |
MUZIK ALEATORI | Muzik aleatori ialah sejenis muzik yang mempunyai bentuk khusus dalam gubahan yang tidak ditentukan oleh penggubah. Penggubah tidak akan menentukan kelangsingan nada, ritma dan warna ton. Mereka hanya mengehadkan bahan ini dan menyesuaikan sama ada dengan prosedur chance atau penghibur yang akan membuat persembahan untuk memilih dan membentuknya. | UMUM | |
SPRINGSTEEN, BRUCE | Springsteen, Bruce (1949 ) ialah penyanyi, penulis lagu, dan pemain gitar Amerika yang popular. Peminatnya selalu menggelarnya The Boss. Muzik Springsteen mencerminkan gaya ritma yang bertenaga serta blues dan rock n roll yang popular pada tahun 1950-an. Dia mengubah sendiri hampir kesemua lagu yang dipersembahkannya. | UMUM | |
SINATRA, FRANK | Sinatra, Frank (19151998) adalah antara penyanyi paling terkenal dalam sejarah muzik popular. Dia digelar The Voice, dan terkenal dengan nyanyian balada dan penghayatan lagu-lagu ritma. Bermula pada tahun 1941, dia muncul dalam lebih 50 buah filem. Dia memenangi Academy Award sebagai pelakon pembantu lelaki terbaik melalui lakonannya dalam filem From Here to Eternity. | UMUM | |
MUZIK RAP | Muzik rap ialah suatu bentuk muzik popular yang pada umumnya ditutur atau diratibkan berulang-ulang dengan rentak yang cepat, berbanding nyanyian. Rap dipersembahkan dengan iringan muzik yang menekankan ritma daripada melodinya. Sering kali iringan muzik ini terdiri daripada segmen-segmen pendek daripada muzik yang dirakamkan dahulu dan digabungkan dengan corak-corak baru. | UMUM | |
|
|