Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
RAJA BIRU | RAJA BIRU (? -1624), Raja Perempuan Patani yang kedua (1616-1624). Baginda ialah adik kepada Raja Hijau, Raja Perempuan Patani sebelumnya. Baginda menaiki takhta dalam usia 50 tahun, dan memerintah Patani selama lapan tahun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
M. RAJAMANI | M. Rajamani (1943 ), atlet dan olahragawati Malaysia. Dia lahir pada 11 November 1943 di Tapah, Perak. Dia menerima pendidikan di Tapah Government English School dan Sekolah Menengah Raja Perempuan di Ipoh, Perak. | UMUM | |
RAJA UNGU | RAJA UNGU ( ? -1635), Raja Perempuan Patani yang ketiga (1624-1635). Baginda ialah adik kepada Raja Biru (1616-1624), dan bekas Permaisuri Pahang. Baginda pulang ke Patani pada tahun 1614 selepas menetap di Pahang selama 30 tahun iaitu setelah kemangkatan suaminya, Sultan Abdul Ghafur ibni Sultan Abdul Kadir. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TUN FATIMAH | TUN FATIMAH ( ? - ?), raja perempuan Melaka. Dia ialah anak Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir. Dia digambarkan sebagai gadis yang sangat cantik. Mengikut Sejarah Melayu, kecantikan Tun Fatimah seperti ... laut madu, bercahaya-cahaya, berkilat, seperti bulan purnama ketika cuaca. Tun Fatimah berkahwin dengan Tun Ali, anak Seri Nara Diraja Tun Tahir. Sultan Mahmud yang berangkat menghadiri majlis perkahwinan Tun Fatimah jatuh hati kepadanya dan mendendami Bendahara Tun Mutahir kerana tidak memberitahu baginda yang dia mempunyai anak perempuan yang cantik. Hasil perkahwinan tersebut, Tun Fatimah dikurniakan cahaya mata dan diberi nama Tun Terang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA KUNING | RAJA KUNING ( ? -1651), Raja Perempuan Patani yang terakhir (1635-1651), juga raja terakhir daripada dinasti Raja Seri Wangsa yang memerintah Patani sejak pertengahan abad ke-4. Baginda ialah puteri Raja Ungu dan suaminya, Sultan Abdul Ghafur, Sultan Pahang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PAKAIAN CIK SITI WAN KEMBANG | PAKAIAN ClK SITI WAN KEMBANG, pakaian tradisi kaum wanita Kelantan yang terdiri daripada sehelai kain sarung dan dua helai kain panjang yang digunakan untuk kemban dan penutup kepala hinggalah ke bahu. Fesyen ini dipercayai menjadi kegemaran Cik Siti Wan Kembang, raja perempuan Negeri Kelantan, pada awal abad ke-17. Pakaian kemban telah direkodkan oleh penulis Portugis pada awal abad ke-15 sebagai pakaian tradisi wanita Melayu. | BUDAYA | Pakaian |
DIDO | Dido, dikenali juga sebagai Elissa, merupakan tokoh legenda yang menemukan Carthage dan juga menjadi ratu Carthage. Dia ialah anak perempuan Raja Belus dari Tyre, dan isteri kepada Sychaeus, atau Acerbas. | UMUM | |
SULTAN ISMAIL PETRA | Kapsyen : Sultan Ismail Petra SULTAN ISMAIL PETRA (1949- ), Sultan Kelantan yang ke-12 (1979- ). Baginda diputerakan pada 11 November 1949 di Istana Jahar, Kota Bharu, Kelantan. Baginda ialah putera bongsu kepada Sultan Yahya Petra ibni Sultan Ibrahim dan Raja Perempuan Tengku Zainab Tengku Muhammad Petra. Baginda mendapat pendidkan di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu. Di samping itu, baginda belajar secara sendirian daripada seorang guru khas di istana. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ARIADNE | Ariadne dalam mitologi Yunani ialah anak perempuan Minos, raja Crete. Dia jatuh cinta dengan wira Yunani Theseus ketika wira ini pergi ke Crete untuk membunuh raksasa yang dikenali sebagai Minotaur. Raksasa ini tinggal di rangkaian laluan yang mengelirukan yang dikenali sebagai Labyrinth. Ariadne memberikan sebuku benang kepada Theseus apabila Theseus memasuki Labyrinth supaya dia dapat meninggalkan kesan dan kemudian mencari jalan keluar. Theseus membunuh Minotaur dan melarikan diri dari Crete bersama-sama Ariadne tetapi meninggalkannya di Pulau Naxos. Dewa Dionysus menemui Ariadne di sana dan mengahwininya. | UMUM | |
SULTAN ABU SHAHID | SULTAN ABU SHAHID ( ? - 1446), Sultan Melaka yang keempat (1444 1446). Nama sebenar baginda ialah Raja Ibrahim. Mengikut sumber Portugis dan China, nama baginda disebut juga sebagai Parameswara Dewa Syah. Baginda adalah putera Sultan Muhammad Syah dan bondanya puteri Raja Rokan, Sumatera. Ayahanda baginda juga mempunyai seorang lagi isteri bernama Tun Wati binti Mani Purindan, adik kepada Tun Ali yang kemudiannya memegang gelaran Seri Nara Diraja. Perkahwinan ayahanda baginda dengan Tun Wati melahirkan Raja Kassim (Sultan Muzaffar Syah). Ini bererti Raja Ibrahim dan Raja Kassim bersaudara tiri. Walaupun dikatakan berpangkat adik dengan Raja Kassim, tetapi akibat pengaruh bondanya yang pada ketika itu menjadi Raja Perempuan Melaka dan baginda anak gahara, maka Raja Ibrahim ditabalkan sebagai Sultan Melaka setelah kemangkatan Sultan Muhammad Syah. Baginda memakai gelaran Sultan Abu Shahid. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| raja (kata nama) | 1. Rujuk perintah pemerintah
2. Dalam konteks gelaran bersinonim dengan tuanku, tunku, tengku, ungku, pangeran, syed, sheikh,
| Kata Terbitan : meraja, merajai, merajakan, kerajaan, berkerajaan, |
|
|