Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MIR | Mir ialah damar harum yang diperah daripada pokok-pokok tertentu dan pokok renek tertentu. Mir yang dirujuk dalam Kitab Bible (Matt.2) terdapat di timur laut Afrika dan Timur Tengah. Damarnya diperah dan digunakan dalam gaharu, minyak wangi dan ubat. Satu lagi spesies mir di Timur Tengah, mir Mekah, adalah sumber salap Gilead. Pokok mir Afrika menghasilkan damar gam yang sama, yang dikenali sebagai bdelium dan digunakan untuk membuat varnis dan ubat. Pengelasan saintifik. Pokok yang menghasilkan mir tergolong dalam genus Commiphora. Mir dalam Kitab Bible ialah Commiphora abyssinica; salap Gilead diperoleh daripada C. opobalsamum; mir Afrika ialah C. africana. | UMUM | |
POKOK BERINGIN | Pokok beringin ialah sejenis pokok ara yang tumbuh di India dan negara-negara jiran. Satu pokok beringin mempunyai banyak batang dan boleh kelihatan seperti hutan kecil. Pokok ini tumbuh dengan pelik. Burung menggugurkan biji beringin ke atas dahan teratas pokok palma dan pokok-pokok lain. Biji ini bercambah di atas silara pokok dan dahan pun tumbuh. Akhirnya, dahan mengeluarkan akar yang mencecah tanah. Topang ini kemudiannya membesar menjadi batang dan tumbuh dahan baru. Lama-kelamaan, pokok beringin membunuh pokok topang dengan menjerutnya. | UMUM | |
PALMA | Palma ialah sekumpulan pokok, pokok menjalar, dan pokok renek yang biasanya tumbuh dalam iklim panas dan basah, terutamanya di kawasan tropika. | UMUM | |
PENGHUTANAN SEMULA | Proses menanam kembali pokok-pokok hutan selepas pembalakan | PERTANIAN | Konsep |
AILANTUS | Ailantus ialah sejenis pokok yang dapat hidup di bandar dan tempat-tempat yang tidak dapat ditumbuhi oleh pokok-pokok lain. Ailantus mempunyai kulit berwarna perang-kelabu yang licin dan mengeluarkan buah berwarna perang kemerah-merahan. Ailantus tumbuh dengan cepat sehingga setinggi 18 meter. Pokok ini berasal dari China, tetapi kini banyak ditanam di negara-negara lain. Lihat juga Pokok (Pokok berdaun lebar dan pokok berdaun jejarum (gambar)). | UMUM | |
MIMOSA | Mimosa ialah nama bagi sekumpulan pokok, pokok renek, dan herba yang mempunyai daun bak bulu pelepah. Mimosa tumbuh terutamanya di kawasan panas dan tropika. Pokoknya sama dengan akasia. Biji atau buahnya tumbuh dalam lenggai yang leper. Bunganya yang kecil berwarna putih, samar, lavender, atau ungu. Mimosa tumbuh di seluruh Asia, Afrika, Australia, Caribbean, Mexico, dan di beberapa bahagian Amerika Syarikat. Sesetengah Mimosa peka terhadap sentuhan. Daun tumbuhan peka terlipat apabila disentuh. Ini melindunginya daripada dimusnahkan oleh hujan lebat dan dapat mengelakkannya daripada dimakan oleh haiwan ragut. Pengelasan saintifik. Mimosa tergolong dalam famili kacang pis, Leguminosae. Ia membentuk genus Mimosa. Semalu ialah M. pudica. | UMUM | |
OREN OSAGE | Oren Osage ialah pokok bersaiz kecil hingga sederhana yang ditanam merentasi Amerika Syarikat sebagai pagar pokok, pokok hiasan, dan pokok teduhan. Ia pada asalnya didapati di Texas, Oklahoma, dan Arkansas. Namanya merujuk kepada Orang Asli Amerika Osage di kawasan itu, dan kepada buahnya yang berwarna kuning kehijauan, kelihatan seperti oren, tetapi tidak boleh dimakan. Oren Osage kadangkala dikenali sebagai bodark, bois darc, bowwood, atau hedge apple. | UMUM | |
SURGERI POKOK | Surgeri pokok ialah penjagaan pokok, terutamanya dengan memangkas, memasang pendakap, menampal lubang dan membuang kayu reput. Surgeri pokok secara besar-besaran memerlukan ahli surgeri pokok yang pakar dalam kaedah berkenaan. Ahli surgeri pokok juga merawat luka dan cedera pada pokok. Mereka menyembur pokok dengan bahan kimia untuk melindunginya daripada serangga dan penyakit dan mereka memberikan baja dan lembapan yang betul untuk pokok. Banyak komuniti menggaji ahli surgeri pokok untuk merawat pokok di taman dan kawasan rekreasi. | UMUM | |
POKOK RENEK | Pokok renek adalah satu daripada empat kumpulan utama tumbuh-tumbuhan dari segi saiz dan bentuk. Pokok renek adalah tumbuhan saka yang mempunyai batang berkayu yang lebih kecil daripada pokok. Pokok renek biasanya mempunyai beberapa batang rendah yang dekat bercabang berdekatan tanah. Belukar mempunyai banyak dahan (lihat Belukar ). | UMUM | |
SENI MENGGUBAH POKOK | Seni menggubah pokok ialah seni membentuk dan memotong pokok menjadi bentuk hiasan. Seni menggubah pokok biasanya dilakukan pada pokok renek, pokok malar hijau dan laman, tetapi juruhias membuat pokok gubahan daripada kertas krep dan dawai. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Pokok rumbia pokok dedap, Manakan sampai si pokok jambu; Sedangkan lebai lagikan tersilap, Inikan pula kurang ilmu.
Lihat selanjutnya... |
|