Persidangan Locarno, menghasilkan Pakatan Keselamatan Rhineland dan enam perjanjian lain. Pada bulan Oktober 1925, perwakilan daripada tujuh buah negara Eropah bertemu di Locarno, Switzerland untuk membincangkan rancangan mengekalkan keamanan di Eropah. Belgium, Czechoslovakia, Perancis, Jerman, Britain, Itali dan Poland menghantar wakil ke persidangan tersebut. Masalah yang paling penting dalam persidangan ini adalah untuk mencari penyelesaian antara Perancis dengan Jerman. Selepas Perang Dunia I, pertama kali persidangan itu menerima Jerman sebagai sebuah negara sahabat. Apabila persidangan ini tamat pada 16 Oktober 1925, para perwakilan bersetuju menandatangani tujuh perjanjian. |