Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TETUPAI | Komponen penyokong beban yang dilekatkan pada dinding atau tiang bangunan. | KEJURUTERAAN | Alat/Alatan |
OKSIGEN | Oksigen ialah gas penyokong hidupan dan juga unsur kimia. Simbol kimianya ialah O. Hampir semua benda hidup memerlukan oksigen untuk terus hidup. Oksigen berpadu dengan bahan kimia yang lain dalam sel tumbuhan dan haiwan untuk mengeluarkan tenaga yang diperlukan bagi proses kehidupan. Oksigen juga diperlukan untuk membakar kebanyakan bahan api. Semasa proses pembakaran, oksigen berpadu dengan bahan api dalam tindak balas kimia. Haba dikeluarkan semasa proses pembakaran ini. | UMUM | |
DARAH | Darah ialah bendalir penyokong kehidupan yang mengalir dalam badan manusia. Kita tidak boleh hidup tanpa darah. Jantung mengepam darah kesemua sel badan kita, membekalkannya dengan oksigen dan makanan. Pada masa yang sama, darah membawa karbon dioksida dan bahan buangan lain daripada sel. Darah juga melawan jangkitan, menstabilkan suhu badan kita, dan membawa bahan kimia yang mengawal banyak fungsi badan. | UMUM | |
PERANG SAUDARA IRELAND | Perang Saudara Ireland tercetus antara penyokong dan penentang perjanjian Anglo- Ireland yang ditandatangani pada bulan Disember 1921. Peperangan itu berlarutan dari bulan Januari 1922 hingga Mei 1923. Tentera kerajaan yang menyokong perjanjian memenangi peperangan yang juga disokong oleh majoriti orang Ireland. Kemenangan mereka menjamin hidupnya demokrasi berparlimen dan menyingkirkan ancaman pemerintahan diktator oleh tentera yang diinginkan oleh sebahagian pejuang yang anti- perjanjian tersebut. Peperangan itu meninggalkan kenangan pahit yang mempengaruhi parti politik Ireland sehingga kini. | UMUM | |
STEINEM, GLORIA | Steinem, Gloria (1934 ) ialah pengarang Amerika dan penyokong kuat pergerakan kebebasan wanita di Amerika Syarikat. Dia telah berkempen untuk mendapatkan hak wanita dalam pekerjaan, politik, dan kehidupan sosial. Pada tahun 1972, Steinem menerbitkan majalah Ms., iaitu sebuah majalah yang diterbitkan dan disunting oleh wanita. Majalah tersebut mengandungi rencana berkenaan peluang kerjaya dan cara hidup yang lebih bermakna bagi wanita. | UMUM | |
MONTROSE, MARQUESS OF | Montrose, Marquess of (16121650), James Graham Montrose, ialah penyokong setia raja Scotland yang terkemuka semasa Perang Saudara Inggeris pada pertengahan dan akhir tahun 1640-an. Pada tahun 1644, tentera Ireland dan Highlander di bawah pemerintahannya memenangi Pertempuran Tippermuir dengan menawan Aberdeen dan memenangi Pertempuran Inverlochy. Kemenangannya di Kilsyth pada tahun 1645 telah meluaskan kawalannya ke atas kebanyakan kawasan di Scotland, mengalami kekalahan dalam Pertempuran Philiphaugh pada tahun yang sama. | UMUM | |
SINCLAIR, UPTON | Sinclair, Upton (18781968) ialah penulis dan reformis Amerika. Sinclair ialah penyokong idealistik sosialisme dan menjadi terkenal sebagai muckraker (pembongkar). Pembongkar merupakan sekumpulan penulis pada awal tahun 1900-an yang prinsip utamanya mendedahkan keburukan sosial dan politik. | UMUM | |
THE BULLETIN | The Bulletin ialah majalah mingguan Australia. Pada tahun 1890-an, ia menjadi penyokong kuat Australianisme. Ia mempunyai pengaruh yang amat penting dalam kesusasteraan Australia. Semasa ia mula diterbitkan pada tahun 1880, The Bulletin memberikan tumpuan kepada bidang sosial dan politik dalam bidang kewartawanan. Ia menyokong idea Australia bagi orang Australia, menjalankan kempen bagi persekutuan koloni Australia, dan mengecam eksploitasi seberang laut terhadap Australia. Di bawah kepimpinan J.F. Archibald, pengasas bersama dan editor, The Bulletin mengasah bakat ramai penulis dan pelukis, termasuk Henry Lawson dan Banjo Paterson. | UMUM | |
PHILLIPS, WENDELL | Phillips, Wendell (18111884) ialah pemidato dan reformis Amerika yang terkenal sebagai penyokong kepada penghapusan perhambaan. Dia meninggalkan kerjaya guamannya pada tahun 1837 untuk menyertai kumpulan penghapus yang diketuai oleh William Lloyd Garrison. Phillips berjuang menentang mana-mana individu, institusi, atau undang-undang yang dianggap menghalang penghapusan tersebut. Dia menyokong penghapusan perhambaan walaupun melibatkan risiko perpecahan Kesatuan Amerika. Phillips mengkritik secara serius Pentadbiran Presiden Abraham Lincoln ketika Perang Saudara Amerika (18611865). | UMUM | |
ROSE, ERNESTINE POTOWSKI | Rose, Ernestine Potowski (18101892) merupakan reformis wanita yang utama di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1800-an. Dia menjadi terkenal khususnya sebagai penyokong awal usaha-usaha untuk mendapat hak yang sama bagi kaum wanita. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| sokong (kata nama) | Bersinonim dengan tiang, sangga, topang, tunjang, galang, junjungan, penjalaran, tumpil;, | | Kata Terbitan : menyokong, sokongan, penyokong, |
|
|