Kata |
Takrif |
Sumber |
junjungan | 1 sesuatu yg dijunjung: ~ itu sangat berat. 2 orang yg dimuliakan: ~ kita Nabi Muhammad SAW. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
junjungan | 1. benda yg dijunjung; 2. orang yg dimuliakan (khusus utk Nabi Muhammad SAW); 3. Mn suami; 4. galah tempat pokok menjalar atau memanjat, jalaran, junjung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
junjungan | 1. sesuatu yg dijunjung: ~ itu sangat berat. 2. orang yg dimuliakan:~ kita Nabi Muhammad s.a.w.. | Kamus Pelajar |
pepundi | Jw junjungan, pujaan, tangkal, (azimat dll) yg sangat dihormati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pepunden | (pepundén) Jw junjungan, pujaan, tangkal, (azimat dll) yg sangat dihormati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sokong | tiang yg dipasang condong utk menyangga sesuatu (supaya jangan rebah dll), junjungan, penjalaran (utk tumbuh-tumbuhan spt kacang panjang dll); ~ membawa rebah prb orang yg dipercayai itu sendiri yg berkhianat kpd kita; menyokong 1. menyangga (menopang) sesuatu supaya jangan rebah atau roboh: beberapa orang ~ dan memapah dia supaya jangan rebah; 2. menyatakan persetujuan dan memberi perangsang dgn atau tanpa bantuan kebendaan dll, memberi bantuan (tenaga, wang, dll), membantu: saya ~ penuh fikiran penulis itu; gerila kami ~ pemberontakan mereka; sokongan 1. sesuatu yg dijadikan sokong (tiang dll), tunjangan; 2. perbuatan menyatakan persetujuan dan memberi perangsang dgn atau tanpa bantuan kebendaan, bantuan (wang dll), pertolongan: tidak ada sebuah parti politik yg boleh kekal berkuasa tanpa ~ orang Melayu; ~ moral sokongan yg tidak berupa bantuan kebendaan tetapi yg memberikan perangsang (mengukuhkan semangat dsb); penyokong 1. alat utk menyokong, sokong; 2. orang yg menyokong (membantu, menolong), pengikut: ia tidak segan-segan menghukum orang-orang yg menjadi ~-~ penderhaka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
turus | 1. tiang drpd kayu dll (utk mengukuhkan pagar, belat, dll), tonggak: dicabutnya ~ pagar yg terpacak itu; 2. kayu atau buluh yg digunakan utk penjalaran kacang (sirih dll), junjungan; 3. = ~ negeri sl pembesar negeri (penghulu dll), pasak negeri: betapa peri aku memecat Pateh Aria Gajah Mada ini? Suatu pun tiada salahnya kpd aku, lagi ia penaka ~ bumi Majapahit; ketua ~ pegawai yg tertinggi dlm tentera (angkatan darat, angkatan laut, angkatan udara); pegawai ~ kumpulan pegawai kanan (dlm tentera) yg membantu pegawai pemerintahnya; ~ belat tiang atau tonggak yg menahan belat; ~ dayung kayu yg dipasang tegak tempat meletakkan dayung (pd perahu dll); ~ empang tiang yg menahan empang (supaya jangan runtuh); menurus tegak spt turus; menuruskan sl mengikatkan seseorang pd turus (sbg hukuman). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
junjung I | ; menjunjung 1 membawa sesuatu di atas kepala: Terdaya dia ~ bakul yg penuh berisi padi itu. 2 mematuhi atau menurut (perintah dll): Patik ~ perintah tuanku. 3 menghormati; menghargai: Kami ~ segala nasihat tuan itu setinggi-tingginya. ~ duli a. menyembah raja. b. mengerjakan perintah raja. junjungan 1 sesuatu yg dijunjung: ~ itu sangat berat. 2 orang yg dimuliakan: ~ kita Nabi Muhammad SAW. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sirih I | sj tumbuhan (pokok renek yg memanjat dan daunnya dimakan dgn pinang, gambir, kapur, dll), Piper spp.; bujur ~ bentuk spt bentuk daun sirih (muka), lonjong lancip ke bawah; menghantar ~ sl menghantar berbagai-bagai barang kpd bakal besan; wang ~ wang upah; ~ air sj sirih, Piper miniatum; ~ berbunga Kl alat perlengkapan utk meminang; ~ carang daun sirih yg muda; ~ duduk sj sirih, Piper sarmentosum; ~ hantu sj sirih, Piper caninum; ~ hutan sj sirih, Piper caninum (curtisii); ~ kaduk sj sirih, Piper caba; ~ kerakap daun sirih yg di bawahnya kasar dan keras; ~ masak sirih selengkapnya (utk dikunyah); ~ Melayu = ~ Cina = ~ hudang sj sirih, Piper betle; ~ murai sj sirih, Piper ribesioides; ~ pinang barang-barang yg dibawa kpd seseorang (sbg tanda penghormatan); ~ rakit Kl susunan daun sirih yg ada seratus dua puluh helai; ~ rimau sj sirih, Piper porphyrophyllum; ~ rimau putih sj sirih, Piper argyrites; ~ seberkas Kl susunan daun sirih yg seratus helai banyaknya; ~ sekapur (setampin) sirih segulung (selengkapnya); ~ sesusun Kd susunan daun sirih yg dua puluh helai banyaknya; ~ tanya sirih selengkapnya yg diberikan kpd ibu bapa anak gadis yg dipinang; ~ berlipat datang sendiri prb a) beroleh keuntungan dgn mudah; b) mendapat orang yg dicintai dgn tidak bersusah payah; ~ naik, junjungan naik prb mendapat untung dan bahagia silih berganti; ~ naik, junjungan patah prb baru hendak mendapat kesenangan, tiba-tiba mendapat bencana pula; ~ pulang ke gagang prb kena pd tempatnya; ada ~ hendak makan sepah prb ada yg baik hendakkan yg buruk; seikat bagai ~, serumpun bagai serai prb orang yg bermuafakat benar-benar (seia sekata); umpama ~, menjalar dulu kemudian melilit barulah memanjat ke pucuk junjung prb tiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut aturannya; penyirih orang yg suka makan sirih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
junjung I | menjunjung 1. membawa sesuatu di atas kepala:Terdaya dia ~ bakul yg penuh berisi padi itu. 2. mematuhi atau menurut (perintah dll): Patik ~ perintah tuanku. 3. menghormati; menghargai:Kami ~ segala nasihat tuan itu setinggi-tingginya. ~ duli a. menyembah raja. b. mengerjakan perintah raja. junjungan 1. sesuatu yg dijunjung: ~ itu sangat berat. 2. orang yg dimuliakan: ~ kita Nabi Muhammad s.a.w.. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
head-load | n junjungan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
ujah | galah yg dipancang tempat tumbuhan tanaman menjalar atau memanjat, jalaran, junjungan. | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
junjungan | [jun.ju.ngan] | جونجوڠن |
|
Puisi |
---|
|
Sayang Sarawak sungainya sempit, Buah nanas lambung-lambungan; Hendak kubawa perahuku sempit, Tinggallah emak tinggal junjungan.
Lihat selanjutnya... |
|